Penduduk Malaysia terdiri dari berbagai kaum
Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang unit lantaran rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum. Ramai penduduk dunia tertanya-tanya apakah formula ampuh yang telah digunakan oleh pemimpin-pemimpin berwibawa di Malaysia sehingga rakyatnya dapat hidup bersatu-padu dan aman damai tanpa sebarang pertelingkahan. Namum, persoalan sedemikian hanya dapat dijawab apabila semangat perpaduan itu tersemat di dalam diri setiap anak watan yang akan mewarisi tampuk pentadbiran Malaysia. Tambah pula, aspek perpaduan telah dianggap sebagai tulang belakang kepada kegemilangan Malaysia. Oleh sebab itu, setiap rakyat Malaysia perlu sedar akan kepentingan perpaduan kaum kerana aspek perpaduan ini memberi impak yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia.
Dalam hal ini, perpaduan kaum amat penting untuk mengekalkan kestabilan politik. Kestabilan politik dalam setiap jabatan amat perlu bagi menjamin keutuhan struktur pentadbiran Malaysia. Fungsi pentadbiran Negara pula perlu dilaksanakan secara sistematik kerana banyak negara luar yang gemar berurusan dengan pemimpin Malaysia. Impak positif yang berlaku ialah Negara Malaysia dapat melebarkan ruang lingkup jalinan persahabatan dan perdagangan bagi mencakupi arena global. Umpamanya, kestabilan politik di Johor telah memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur asing untuk melabur di Malaysia bagi membangunkan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Oleh itu, perpaduan kaum yang telah menyumbang ke arah kestabilan politik memberi pulangan yang lumayan kepada Malaysia bak kata pepatah Melayu’ pucuk dicta, ulam mendatang’ kerana kedua-duanya memberikan faedah kepada Malaysia.
Seperkara lagi, perpaduan kaum dapat menjamin Negara Malaysia. Amnya mengetahui bahawa Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa di mana majoriti rakyatnya terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India yang mempunyai pelbagai adat resam, agama dan kepercayaan sejak lima dekad yang lalu. Pemimpin-pemimpin yang lalu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun Sambathan serta ramai pemimpin berwibawa yang lain telah berunding dan bertolak ansur untuk mencapai perpaduan demi sebuah negara yang tercinta. Kini, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk terus memelihara perpaduan yang telah kita warisi sejak zaman-berzaman lagi. Melalui perpaduan dan keharmonian, Malaysia telah mengorak langkah serta melalui satu fasa perubahan yang drastik sehingga kita standing dengan negara-negara maju yang lain dan dikagumi oleh seluruh pelusok dunia. Tambahan pula, ada segelintir pemimpin dunia yang menjadikan Malaysia sebagai suri teladan untuk membentuk perpaduan rakyat mereka seterusnya mencetuskan keharmonian negara,
Dalam nada yang sama, perpaduan kaum amat penting bagi merapatkan jurang perbezaan ekonomi pelbagai kaum di Malaysia. Melalui penemuan satu formulasi ekonomi iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke- 2, Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1970, beliau berjaya merungakai satu masalah yang membelenggu rakyat Malaysia yang mana, pada masa itu satu kaum telah memusuhi kaum yang lain dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Impak positif daripada formulasi ini, wujud semangat bertolak-ansur dalam kalangan rakyat dalam usaha membasmi kemiskinan. Tindakan ini juga jelas dapat dilihat apabila pihak kerajaan sendiri berusaha meningkatkan taraf kehidupan golongan miskin melaui proses memodenkan kawasan luar bandar. Intihanya, usaha merapatkan jurang ekonomi antara kaum amat penting dalam usaha memupuk perpaduan kaum.
Akhirulkalam, tanggungjawab menyemai benih perpaduan dalam diri setiap individu menjadi tugas rakyat Malaysia bersama-sama. Moga-moga usaha yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu dihargai oleh kita dengan terus memupuk sikap bersatu-padu tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, maupun budaya. Oleh itu marilah sama-sama kita menghayati cogan kata ‘bersatu teguh, bercerai roboh’ dalam usaha meningkatkan lagi kesedaran kita tentang peri penting hidup bersatu-padu.
Sumber: Newborn blogger
Adakah anda mempunyai karangan anda perlu selesaikan dalam waktu yang singkat? Adakah anda perlu mendapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan anda? Kalau begitu, cuba ikut langkah-langkah ini untuk menulis karangan yang baik dengan cepat!
Bagaimana Tulis Esei Baik dalam Jumlah Pendek Masa
Pertama, anda perlu bermula dengan menulis isi-isi penting di atas kertas kasar. Anda mungkin berfikir ini adalah satu pembaziran masa, tetapi sebenarnya ini akan banyak membantu. Jika anda tidak menulis isi-isi penting, anda mungkin akan lupa mereka dan anda akan memakan masa yang lebih lama.
Bermula dengan pengenalan yang baik, itulah bahagian yang terbaik daripada karangan anda. Pengenalan tidak perlu panjang.
Tulis perenggan karangan, dan semasa menulis anda boleh rujuk isi-isi penting yang anda telah rangka di atas kertas kasar tadi.
Kesimpulan karangan. Kesimpulan adalah sama penting dengan pengenalan. Jadi pastikan anda melakukannya dengan baik.
Buat semakan!
Sumber: http://www.wikihow.com/
Selangor
2012
Soalan
1
Setiap
murid mempunyai impian untuk mengecapi kejayaan. Huraikan
langkah-langkah untuk menggalakkan rakan sebaya anda mencapai impiannya
Soalan
2
Ibu
bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-anak agar
berjimat cermat. Huraikan pendapat anda.
Soalan
3
Sekolah anda telah mengadakan sambutan Hari
Koperasi Sekolah. Tuliskan laporan tersebut selengkapnya
Soalan
4
Semangat
perpaduan dalam kalangan masyarakat amat penting untuk mewujudkan
sebuah negara yang harmoni. Bincangkan cara-cara memupuk semangat
perpaduan di kawasan kejiranan anda.
Soalan
5
Cerpen
dapat membantu murid menghayati karya sastera di sekolah. Pelbagai
pengajaran diperoleh menerusi pembacaan cerpen. Huraikan keistimewaan
cerpen yang anda baca
Melaka
2012
Soalan
1
Seorang
sahabat anda telah mengutus surat kepada anda. Dia meminta anda
menceritakan persediaan menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah
Rendah yang bakal dihadapi pada hujung tahun ini. Balas surat rakan
anda itu
Soalan
2
Keluarga
memainkan peranan penting dalam menangani masalah sosial yang semakin
membimbangkan semua pihak. Berikan pendapat anda berdasarkan pernyataan
di atas
Soalan
3
Baru-baru ini anda telah menyertai aktiviti
perkhemahan yang telah dianjurkan oleh unit beruniform
di sekolah anda. Ceritakan pengalaman anda semasa menyertai aktiviti
perkhemahan tersebut
Soalan
4
Anda
telah dipilih untuk mewakili kelas dalampertandingan syarahan anjuran
Persatuan BahasaMelayu di sekolah anda. Tajuk syarahan
tersebut ialah
‘Amalan
Hidup Sihat’. Tulis syarahan anda itu selengkapnya.
Soalan
5
“Bagai
menatang minyak yang penuh”. Peribahasa di atas bermaksud
memelihara anak dengan penuh kasih sayang. Tulis sebuah cerita
berdasarkan peribahasa diatas.
Perak
2012
Soalan
1
Anda
ahli koperasi sekolah. Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh dengan
menjadi ahii koperasi sekolah
Soalan
2
Ibu
bapa berperanan menentukan kejayaan anak-anak dalam peperiksaan.
Bincangkan usaha-usaha ibu bapa untuk membantu anak-anak membuat
persiapan menghadapi peperiksaan
Soalan
3
Sekolah anda telah mengadakan sukan tahunan. Sebagai
wartawan majalah sekolah, anda telah ditugaskan untuk menyediakan
laporan kejohanan tersebut. Sediakan laporan tersebut selengkapnya
Soalan
4
Remaja
pada masa sekarang mudah terpengaruh dengan budaya negatif. Huraikan
sebab-sebab berlakunya perkara tersebut
Soalan
5
Peribahasa
belakang parang kalau diasah lagikan tajam bermaksud orang yang bodoh
jika belajar akan menjadi pandai. Tuliskan sebuah cerita
berdasarkan maksud peribahasa tersebut
Kedah
2012
Soalan
1
Pertandingan memancing telah diadakan di tempat anda.
Anda dan rakan-rakan telah menyertai pertandingan tersebut. Ceritakan
pengalaman anda
Soalan
2
Kini,
gejala vandalisme semakin membimbangkan. Huraikan peranan masyarakat
untuk membendung gejala ini
Soalan
3
Maklumat di hujung jari. Bincangkan kepentingan
penggunaan internet pada masa kini
Soalan
4
Aktiviti
kokurikulum wajib disertai oleh semua pelajar.Sebagai setiausaha
persatuan, anda dikehendaki menulis satu laporan tentang aktiviti
tahunan persatuan yang anda sertai. Tulis laporan itu selengkapnya
Soalan
5
Peribahasa
‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’
bermaksud melatih anak daripada kecil. Tulis sebuah karangan
berdasarkan peribahasa ini
Perlis
2012
Soalan
1
Anda
telah menyertai Kem Kecemerlangan PMR anjuran pihak sekolah. Huraikan
aktiviti-aktiviti yang dilakukan sepanjang anda mengikuti program
tersebut
Soalan
2
Setiap
orang mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia danharmoni. Huraikan
ciri-ciri keluarga impian anda
Soalan
3
Sekolah anda telah mengadakan aktiviti gotong-
royong.
Selaku setiausaha
Kelab Alam
Sekitar,
anda
diminta
menyediakan laporan tentang aktiviti tersebut. Sediakan laporan itu
selengkapnya.
Soalan
4
Kejadian
kanak-kanak dan remaja hilang daripada pangkuan keluarga semakin
menjadi-jadi walaupun usaha-usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak
untuk menanganinya. Huraikan peranan masyarakat untuk mengatasi masalah
tersebut.
Soalan
5
Di
mana ada kemahuan di situ ada jalan bermaksud jika ada azam,
apa-apa yang dihajati akan dicapai. Tuliskan sebuah cerita berdasarkan
maksud peribahasa tersebut
Kelantan
2012
Soalan
1
Setiap
pelajar diwajibkan mematuhi undang-undang dan peraturan yang terdapat
di sekolah. Nyatakan pendapat anda tentang sebab-sebab perlunya
undang-undang dan peraturan sekolah dipatuh oleh pelajar.
Soalan
2
Sahabat
pena anda ingin mengetahui tentang sambutan perayaan salah satu kaum
di Malaysia. Tulis sepucuk surat kepada sahabat pena anda itu.
Soalan
3
Sekolah anda telah mengadakan sambutan
Bulan Kemerdekaan. Ceritakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan
sepanjang bulan tersebut.
Soalan
4
Internet
merupakan saluran ilmu pengetahuan kepada semua pengguna. Huraikan
kebaikan internet kepada pelajar
Soalan
5
Peribahasa
‘Sebab nila setitik rosak susu sebelanga’ membawa
maksud kerana yang sedikit rosak yang banyak. Tulis sebuah
cerita berdasarkan peribahasa tersebut.
Terengganu
2012
Soalan
1
Pasukan
permainan sekolah yang anda wakili telah mengalami kekalahan dalam
pertandingan peringkat daerah. Cadangkan langkah-langkah untuk membaiki
kelemahan pasukan anda sebagai persiapan untuk pertandingan pada tahun
hadapan
Soalan
2
Guru
merupakan golongan insan yang perlu dihormati. Huraikan cara-cara untuk
menghormati guru anda.
Soalan
3
Anda
akan menyertai pertandingan syarahan anjuran Jabatan Kesihatan Daerah.
Tajuk syarahan yang anda pilih ialah “Peranan ibu bapa
penting untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam keluarga”.
Soalan
4
Kemalangan
jalan raya di negara kita semakin meningkat pada setiap tahun. Huraikan
peranan kerajaaan untuk mengurangkan kadar kemalangan
Soalan
5
Peribahasa
seperti kacang lupakan kulit memberikan nasihat supaya jangan melupakan
jasa insan yang pernah menolong kita. Tuliskan sebuah cerita
berdasarkan maksud peribahasa tersebut
Pahang
2012
Soalan
1
Budi
Bahasa Budaya Kita. Nyatakan ciri-ciri seorang yang
berbudi bahasa.
Soalan
2
Ibu
bapa merupakan ketua dalam institusi keluarga. Huraikan
peranan ibu bapa dalam membentuk
keluarga bahagia.
Soalan
3
Anda akan menyertai pertandingan syarahan
yang dianjurkan oleh
pihak sekolah. Tajuk syarahan
ialah “perpaduan Menjamin kesejahteraan
Negara ”.
Sediakan
teks syarahan selengkapnya.
Soalan
4
Belakangan
ini, kejadian kejadian jenayah sering berlaku
di kawasan setempat. Hal ini menjadi kebimbangan
pelbagai pihak. Nyatakan peranan masyarakat dalam
menjamin keselamatan setempat
Soalan
5
Peribahasa “
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”
bermaksud cita-cita tanpa usaha tidakakan tercapai. Tulis
sebuah cerita berdasarkan maksud
peribahasa tersebut.
Tuesday, September 11, 2012
Oleh Loo Shwu Ying
Tingkatan 3 Ixora SMKTM
Dalam
mengharungi era ledakan sains dan teknologi, budaya berbudi bahasa
dalam kalangan masyarakat semakin lenyap dalam sanubari dewasa dan
remaja. Berita tentang remaja bertindak liar di luar
batas-batas kehidupan dengan terlibat dalam aktiviti-aktiviti
jenayah seperti gengsterisme, vandalisme dan pornografi sering
terpapar di dada akhbar dan kaca televisyen. Hal ini jelas
menunjukkan betapa kroniknya masalah kelunturan amalan berbudi
bahasa dalam kalangan masyarakat. Sememangnya, tidak dapat
dinafikan bahawa kebejatan amalan mulia ini adalah disebabkan oleh
pengaruh budaya kuning dari negara-negara barat seperti Amerika
Syarikat, Belanda dan United Kingdom yang terkenal dengan sikap
keterbukaan. Malaysia merupakan sebuah negara yang demokratik
dan mengamalkan dasar buka pintu bagi menggalakkan pertumbuhan
ekonomi negara. Justeru, masyarakat kita tidak dapat lari dari
pengaruh dunia luar dan pengaruh budaya kuning dengan mudahnya
dapat bersarang di kotak fikiran masyarakat.
Budaya
berbudi bahasa perlulah dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan
seharian kita kerana seribu satu manfaat boleh diperolehi. Salah satu
kepentingan amalan ini adalah dapat mewujudkan perpaduan
antara masyarakat berbilang kaum di negara kita. Masyarakat yang
berbudi bahasa akan saling menghormati tidak kira apa jua warna
kulit, taraf dan umur individu tersebut. Apabila wujud sikap
saling menghormati, masyarakat akan dapat hidup dalam suasana yang
harmoni dan gembira walaupun hidup dengan masyarakat yang berbeza
budaya, adat dan kepercayaan. Dalam pada itu, perselisihan faham
antara kaum atau rusuhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969 dapat
dielakkan. Ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-51 iaitu pada
tahun 2008 yang bertemakan Perpaduan Teras Kejayaan jelas
menunjukkan pentingnya perpaduan kaum dalam negara kita yang
terdiri daripada rencaman bangsa. Pepatah ada mengatakan
bersatu teguh, bercerai roboh. Justeru, apabila masyarakat
bersatu, negara dapat berkembang dengan maju dan anasir-anasir
luar tidak dapat menggugat kestabilan negara dengan mudah.
Meninjau
dari skop yang lebih luas, amalan berbudi bahasa dapat melahirkan
masyarakat yang lebih bertamadun. Menurut konteks sejarah, masyarakat
yang bertamadun merupakan masyarakat yang memiliki tahap tatasusila
yang tinggi dan kebudayaan yang luhur selain pencapaian
lahiriah. Oleh itu, masyarakat pada masa tersebut dapat membina
empayar dan kerajaan yang kuat dan hebat seperti ketika tamadun
Mesopotamia.
Tamadun
Mesir Purba, tamadun Indus dan tamadun Hwang He walaupun pada masa
itu teknologi masih belum berkembang dengan sepenuhnya. Namun
begitu, scenario hari ini yang menyaksikan masyarakat yang biadap dan
kasar sikapnya seperti mengeluarkan kata-kata kesat amatlah memilukan
hati bagai duri dalam daging. Hal ini seolah-olah masyarakat
kita masih hidup dalam Zaman Jahiliah yang mana akhlak dan nilai
hidup masyarakat pada masa tersebut adalah sangat rendah. Perkara
seumpama itu tidak sepatutnya wujud dalam masyarakat kkit lagi
memandangkan negara kita telah lima dekad mencapai kemerdekaan.
Untuk mendapatkan kemerdekaan bukanlah suatu perkara yang mudah
tetapo untuk mempertahankan dan mengekalkan kemerdekaan merupakan
perkara yang lebih sukar untuk dilakukan. Justeru, negara amat
memerlukan masyarakat yang berfikiran matang dan bijak untuk
mengelakkan penjajahan semula oleh kuasa-kuasa asing.
Dari
kaca mata yang lain, industri pelancongan juga turut
meningkat.
Masyarakat yang berbudi bahasa akan mempamerkan
nilai-nilai yang positif
seperti memberi layanan yang sopan dan
bersikap lemah lembut terhadap
pelancong asing. Hal ini penting
agar dapat meninggalkan imej yang positif
terhadap negara kita
dalam diri pelancong. Pelancong juga akan mempunyai
percutian yang
menyeronokkan kerana beranggapan bahawa kedatangan
mereka adaalah
dialu-alukan dan dihargai oleh masyarakat tempatan. Dalam
pada
itu, pekerja-pekerja dalam Jabatan Kastam dan Imigresen,
pemandu
pelancong dan pemandu pengangkutan awam perlulah memainkan
pereanan
yang lebih penting dengan senantiasa melemparkan senyuman
dan bertutur
dengan nada yang lembut ketika berurusan dengan
pelancong asing. Negara
Jepun sayugia dijadikan teladan kerana
masyarakatnya sememangnya kaya
dengan budi bahasa. Contohnya,
ucapan irasshaimase yang bermaksud
selamat datang dalam bahasa
Jepun pasti akan menusuk ke gegendang
telinga tidak kira apa-apa
kedai yang dikunjungi. Amalan berterima kasih
juga merupakan
sesuatu yang biasa dalam masyarakat Jepun. Justeru,
budaya murni
ini perlulah diserapkan dalam jiwa dan raga setiap
individu
terutamanya golongan yang berurusan dengan pelancong
asing agar mereka
dapat menikmati percutian yang menyeronokkan di
negara kita.
Di
samping itu, pemimpin yang berdedikasi juga dapat
dilahirkan. Pemimpin yang baik akan dapat mmentadbir negara dengan
lancer kerana mendapat sokongan padu daripada rakyat. Dalam pada
itu, golongan remaja merupakan asset yang sangat bernilai kepada
negara kerana mereka adalah generasi pelapis yang bakal menerajui
tampuk kepimpinan negara. Oleh itu, budi bahasa perlulah dijadikan
panduan kepada kehidupan mereka supaya mereka dapat menjauhkan
diri daripada kancah gejala social serta dapat membezakan yang
mana baik dan yang mana buruk. Pemimpin yang berbudi bahasa juga
dapat meningkatkan imej negara kerana pemimpin dari negara lain akan
kagum dan nmenghormati negara kita. Ironinya, hubungan diplomatik
bagi menjamin kemajuan dan keselamatan nbegara dapat dijalainkan
dengan mudah. Dengan itu, negara kita akan dapat duduk sama rendah,
berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain. Selain itu,
negara kita akan terkenal di persada dunia kerana sifat budi
bahasa kita dan ini akan menjadi kebanggaan masyarakat kita.
Individu
yang berbudi bahasa juga akan memperolehi pelbagai kemaslahatan,
antaranya mudah didampingi oleh orang lain,. Hal ini kerana individu
yang berbudi bahasa sentiasa lemah lembut dan bersopan santun dalam
pertuturan dan perlakuan. Mereka juga tidak akan mengeluarkan
kata-kata yang kesat atau kata-kata yang menyakitkan hati.
Justeru, mereka tida akan menyinggung perasaan orang lain.
Sebaliknya, mereka akan dihormati dan disenangi oleh orang lain.
Hal ini akan turut menjaga nama baik dan maruah individu tersebut
dan keluargannya kerana sifat-sifatnya yang mulia itu.
Konklusinya, budaya berbudi bahasa perlulah digarapkan oleh
ibubapa dalam diri anak-anak sejak dari kecil lagi bagai melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Dengan ini, hasrat negara untuk
melahirkan masyarkat yang berbudi bahasa menjelang tahun 2020 akan
dapat direalisasikan.
Natijah,
sifat-sifat luhur dan amalan berbudi bahasa yang dahulunya menjadi
kebanggaan masyarakat timur tetapi kian terhakis ini wajarlah
dipulihkan dan dihidupkan semula. Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi pernah menyatakan yang negara kita akan mudah
dikalahkan jika kita mempunyai infrastruktur kelas pertama
tetapi mentali kelas ketiga. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa
pembangunan nilai dan budaya yang betul amat mustahak untuk negara
mencapai cita-citanya yakni untuk mencapai taraf negara maju yang
duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negar-negara
gergasi lain di dunia. Dalam pada itu, semua pihak haruslah
bekerjasama bagai aur dengan tebing dan mengelakkan sikap bagai
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Dalam menanam
amalan berbudi bahasa dalam diri setiap individu. Kempen Budi
Bahasa dan Nilai-nilai Murni perlulah diimplementasikan dari semasa
ke semasa untuk meningkatkan kesedaran rakyat. Kita mengharapkan
agar menjelang tahun 2020, tabiat buruk seperti gengsterisme, dan
bercakap kesat sudah lupus dari memori setiap rakyat Malaysia
supaya negara akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
Monday, October 3, 2011
Rakyat berbilang kaum hidup bersatu-padu dan aman damai
'Bagai aur dengan tebing'
merupakan peribahasa
yang amat sinonim dengan kehidupan masyarakat
. Walaupun
penduduk Malaysia berbilang kaum namun semangat tolong-menolong sesama
masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara. Bertitik
tolak daripada sikap saling menolong ini, akan lahirlah masyarakat yang
bersatu padu. Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa
perpaduan, tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati ibarat
'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'
.
Kepentingan
perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai
ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut
kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat
ketika itu yang
berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris
supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya,
masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah.
Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek
moyang yang harus dikekalkan
agar
tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
.
Selain
itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu
semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala
'enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'
.
Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum.
Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain
seperti negara Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar
Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan antara golongan
berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya, wujudlah
pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna
kulit. Sebagai iktibar, masayarakat Malaysia wajar mengekalkan perpaduan
demi mengelakkan semangat assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini.
Di
samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat
membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat
Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan
lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama
tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan
itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing.
Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain
dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat
untuk melabur di Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu
meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan Malaysia
berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
dengan negara lain.
Konklusinya,
pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti yang
dapat memupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu
memainkan peranan dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam
kemerdekaan. Semoga 52 tahun kemerdekaan pada tahun ini akan
meningkatkan kesepakatan masyarakat untuk menobatkan Malaysia agar gah
dan popular di seluruh sarwajagat ini. Laungan
'Malaysia Boleh'
perlu diteruskan agar semangat warganegara Malaysia ini digeruni oleh negara luar.
Monday, August 16, 2010
Karangan Ucapan/Syarahan/Ceramah
Anda telah diminta menyampaikan suatu ceramah dalam satu majlis. Tajuk ceramah yang ingin anda sampaikan ialah usaha mengekalkan permainan tradisional
Pendahuluan
Isi
Ucapan alu-aluan. Permainan tradisional, merupakan permainan yang kits warisi daripada nenek-moyang kita dahulu yang kian dilupakan.
Huraian Mengapa Bagaimana
Pada zaman yang serba moden ini, banyak terdapat permainan moden yang jauh lebih kreatif dan menarik
Contoh
Permainan dalam komputer
Peribahasa
Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang
Rumusan
Sekiranya tiada usaha mengekalkan permainan tradisional ini, warisan yang tidak ternilai ini akan lupus begitu sahaja
Isi 1
Isi
Memperkenalkan permainan tradisional ini kepada pelajar sekolah
Huraian Mengapa
Bagaimana
Untuk membiasakan mereka dengan permainan seperti itu Melalui penyerapannya dalam kegiatan kokurikulum.
Permainan tersebut boleh juga diperkenalkan sewaktu mata pelajaran Pendidikan Jasmani atau kegiatan luar bilik darjah yang lain
Contoh
Pertandingan antara kumpulan, kelas, atau sekolah
Peribahasa
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Rumusan
Permainan ini akan terus diminati dan tidak pupus ditelan zaman.
Isi 2
Isi
Mediacetak dan media elektronik seharusnya membantu memberikan publisiti secara besar-besaran
Huraian Mengapa
Bagaimana
Mediamerupakan saluran yang paling rapat dengan masyarakat.
Cara-cara permainannya haruslah dipaparkan berkali-kali agar memudahkananggota masyarakat memaharninya.
Contoh
Memberikan publisiti pada setup kali sambutan Hari Keluarga, Temasya Sukaneka, atau Sukan Rakyat, dan
sebagainya, permainan tradisional haruslah menjadi acara yang diutamakan
Peribahasa
Tak kenal maka tak cinta
Rumusan
Terbukti bahawa maklumat yang disalurkan oleh media amat berkesan kepada masyarakat
Isi 3
Isi
Bengkel, kursus, atau demonstrasi permainan tradisional hendaklah selalu diadakan secara berterusan
Huraian Mengapa Bagaimana
Untuk memberi peluang yang lebih luas kepada orang ramai menyertai bengkel seperti ini
Contoh
Pihak Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan Pelancongan mengadakan pertunjukkan permainan tradisional bukan saja dalam kalangan masyarakat setempat malah juga dalam kalangan masyarakat luar negeri.
Peribahasa
Janganlah hanya hangat-hangat tahi ayam
Rumusan
Rakyat akan lebih meminati permainan tradisional apabila
mereka memperoleh pengetahuan yang mendalam tentangnya
Penutup
Kesimpulan
Usaha-usaha memperkenalkan permainan tradisional perlulah dilakukan secara bersungguh-sungguh
Cadangan
Kerjasama daripada semua pihak amatlah diperlukan
Harapan
Agar identiti bangsa akan dapat dikekalkan untuk generasi akan datang
Pendirian
Warisan ini perlu dikekalkan agar subur sepanjang zaman 'Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas'- ucapan terima kasih
Monday, August 2, 2010
CIRI-CIRI KARANGAN YANG BAIK ( 80 hingga 100 markah )
a. Takrif karangan tepat sekali
- Calon mesti menulis karangan menurut kehendak soalan.
b. Fikiran sungguh matang.
- Calon dianggap berfikiran matang sekiranya dapat mengemukakan pendapat, pandangan, atau cadangan yang baik atau bernas, logik, dan berasional iaitu dapat mengemukakan alasan yang munasabah.
c. Isi cukup dan berkembang
Isi cukup bermaksud calon mengemukakan tidak tidak kurang daripada 3 isi namun calon yang biasanya mendapat markah yang baik mengemukakan tidak kurang daripada 6 isi dan isi yang dikemukakan itu dikemukakan secara seimbang sekiranya terdapat lebih daripada 1 skop kehendak soalan.
Isi yang berkembang pula bermaksud isi yang diikuti dengan huraian dan contoh-contoh yang sesuai.
d. Pengolahan istimewa atau sangat menarik dan sungguh berkesan.
e. Bahasa sangat memuaskan dan lancar .
Bahasa yang digunakan ialah bahasa baku atau bahasa yang standard serta tidak dipengaruhi oleh gaya bahasa lisan. Misalnya :
f. Terdapat kesalahan tatabahasa yang tidak ketara (jelas )
g. Terdapat pelbagai jenis ayat.
Ini bermakna calon perlu menulis dalam ayat selapis, ayat majmuk (yang menggunakan kata hubung), ayat pendek, sederhana, dan panjang.
h. Kosa kata ( perkataan ) sangat luas dan digunakan dengan betul.
Calon yang baik menggunakan perkataan yang menunjukkan calon banyak membaca buku atau majalah yang ilmiah. Calon juga perlu menunjukkan kebolehan dapat menggunakan perkataan-perkataan tersebut dengan betul dan tepat.
i. Pemerengganan dan wacana digunakan dengan betul.
Calon menulis isi atau fakta, huraian, dan contoh yang lengkap dalam satu perenggan. Perenggan baru yang ditulis seharusnya menunjukkan kesinambungan dengan perenggan yang sebelumnya dengan menggunakan perkataan seperti :
Selain itu,…/ Namun begitu, masih terdapat beberapa bidang lain yang perlu kita terokai untuk melayakkan kita dianggap sebagai satu masyarakat yang serba boleh.
j. Tanda baca digunakan dengan tepat.
Calon yang memperoleh markah yang baik dalam penulisan karangan sangat mengambil berat tentang penggunaan tanda baca terutamanya tanda koma dan nokhtah.