Teknik Menjawab SPM Soalan 1 Kertas 2
A: STRATEGI MENGHASILKAN ISI TERSURAT
STRATEGI 1
Baca dan fahamkan petikan rumusan yang diberi sekurang-kurangnya 2 kali,
- Bacaan kali pertama untuk dapatkan gambaran keseluruhan petikan. (masa dicadangkan 2 minit)
- Bacaan kali kedua untuk dapatkan pemahaman (masa dicadangkan 5 minit)
Tentukan kata tugas dalam soalan (Fokus 1 dan Fokus 2) dan gariskan perkataan-perkataan tersebut.
- Fokus 1 = Isi tersurat
- Fokus 2 = Isi tersirat
CONTOH 1
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah hidup berjiran [ISI TERSURAT] dan cara-cara memupuk semangat kejiranan. [ISI TERSIRAT] Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
STRATEGI 3
Baca perenggan 1 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.
Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemamtapan dan keutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Semangat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam ( menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni ).[ISI 1]
Baca perenggan 2 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.
Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segala perkara yang berlaku pada diri kita terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang yang paling ( mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana ) [ISI 2]. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara. (Jiran yang berbeza latar belakang) pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan ( memberikan manfaat yang besar kepada kita )[ISI 3]. Hal ini kerana ( mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama ).[ISI 3] Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu padu ( mampu menjamin keselamatan setempat ) [ISI 4] daripada sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya samseng.
Baca perenggan 3 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.
( Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah )[ISI 5] dengan semangat kerjasama dan keperihatinan seama jiran. ( Gejala sosial seperti khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah dapat dibendung )[ISI 6] jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya ( dapat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat ).[ISI 7] Rahsia kejayaan program ini terletak pada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran.
Baca perenggan 4 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.
Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. ( Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran ).[ISI 8] Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya ( memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka ).[ISI 9] Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan.
Baca perenggan 5 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.
Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam ( menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara )[ISI 10] Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.
STRATEGI 4
Senaraikan FOKUS 1 (isi-isi tersurat) yang terdapat dalam petikan tersebut dan kira jumlah perkataannya.
Isi Tersurat : faedah-faedah hidup berjiran
Atau
Dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka [ 8]
STRATEGI 5
Tulis isi-isi tersurat tersebut menjadi sebuah perenggan yang lengkap.
PERINGATAN:
Tulis isi-isi tersurat tersebut menjadi sebuah perenggan yang lengkap.
PERINGATAN:
CONTOH:
Antara faedah hidup berjiran ialah dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni. Selain mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana, kita dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka. Hidup berjiran mampu menjamin keselamatan setempat,Di samping itu dapat membendung gejala sosial serta melahirkan perpaduan sesama jiran. [ 48 patah perkataan ]
B : STRATEGI MENGHASILKAN ISI TERSIRAT

STRATEGI 1 :
Kenal pasti dan senaraikan isi tersirat berdasarkan fokus 2 iaitu cara-cara memupuk semangat kejiranan.
CONTOH : 1.
Kenal pasti dan senaraikan isi tersirat berdasarkan fokus 2 iaitu cara-cara memupuk semangat kejiranan.
CONTOH : 1.
STRATEGI 2 :
Membina perenggan isi tersirat.
CONTOH PERENGGAN ISI TERSIRAT
Antara cara memupuk semangat kejiranan ialah dengan mengadakan majlis gotong-royong dan mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat. Selain itu, budaya ziarah-menziarahi juga mampu memupuk semangat kejiranan. [ 23 patah perkataan ]
C : STRATEGI MENGHASILKAN PENDAHULUAN RUMUSAN.
STRATEGI :

CONTOH PENDAHULUAN:
Fokus 1 : Faedah-faedah hidup berjiran Pendahulaun:
Petikan membincangkan kebaikan / kepentingan / kelebihan / manfaat / hidup berjiran dalam masyarakat
D : STRATEGI MENGHASILKAN KESIMPULAN RUMUSAN.
Fokus 1 : Faedah-faedah hidup berjiran Pendahulaun:
Petikan membincangkan kebaikan / kepentingan / kelebihan / manfaat / hidup berjiran dalam masyarakat
D : STRATEGI MENGHASILKAN KESIMPULAN RUMUSAN.
CONTOH KESIMPULAN:
Kesimpulannya, semua pihak perlu menghargai jiran agar kehidupan yang sejahtera dapat diwujudkan
Atau
Kesimpulannya, semua pihak perlu mengamalkan hidup berjiran agar sebuah komuniti yang sejahtera dapat diwujudkan.

Sponsor
DOA-DOA YANG BOLEH DIAMALKAN SEMASA MENGHADAPI PEPERIKSAAN
TEKNIK MENJAWAB KERTAS 1
TEKNIK MENJAWAB KERTAS 2
TEKNIK MENJAWAB KERTAS 2 - RINGKASAN
TABURAN KESUKARAN ITEM SOALAN PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH BAHASA MELAYU BERDASARKAN MODEL RASCH
NILAI SEBENAR BAHASA MELAYU
ASAL USUL BAHASA MELAYU
KOMSAS
PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN
STRATEGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN
TABURAN KESUKARAN SOALAN PMR 2005 - 2007
CONTOH SURAT MOHON PERTUKARAN SEKOLAH

Baru-baru ini tempat tinggal anda telah dilanda banjir kilat.
Tulis pengalaman anda semasa membantu mangsa-mangsa banjir kilat tersebut.
Sekolah anda telah menjayakan Program Minggu Bahasa Melayu anjuran Panitia dan Persatuan Bahasa Melayu. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan. Tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk menceritakan Program Minggu Bahasa Melayu tersebut.

Balas surat sahabat pena yang ingin berkunjung ke negara anda untuk melawat suatu tempat pelancongan yang menarik.
Peribahasa “bagai aur dengan tebing” bermaksud perkaitan orang yang suka bertolong-tolongan dan saling melengkapi.
Peribahasa Melayu 'seperti kacang lupakan kulit' memberi nasihat supaya jangan melupakan budi insan yang pernah berjasa. Tulis karangan berdasarkan peribahasa tersebut.
Media massa sering memaparkan berita tentang kegiatan vandalisme yang berlaku di negara ini. Cadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini.
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecemerlangan akademik anak-anak. Beri pendapat anda.
Mempelajari seni pertahanan diri banyak membawa kebaikan. Jelaskan faedah-faedah mempelajari seni pertahanan diri.
Peribahasa:Seperti Katak di bawah Tempurung
Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa ‘Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian’.

Popular Posts
Penduduk Malaysia terdiri dari berbagai kaum Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang unit lantaran rakyatnya ter...
CONTOH KARANGAN Peranan Ibu Bapa dalam Mengurangkan Gejala Sosial Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial ya...
Karangan 1. Acap kali negara kita menganjurkan sukan berprestij di dunia seperti Formula One, LeTour De Langkawi, Sukan Komen...
CONTOH PENDAHULUAN DAN PENUTUP KARANGAN YANG MENARIK. (Untuk penutup gunakan : Sebagai menggulung segala yang dibincangkan, Akhir kala...