Soalan 31 – 35
Pemahaman Prosa (KOMSAS)
Soalan 36 – 40
Pemahaman Puisi (KOMSAS)
Pelajar perlu membaca petikan dengan teliti sekurang-kurangnya dua kali. Jangan hanya membaca ayat atau perenggan yang berkaitan dengan soalan sahaja.
Kemudian, bacalah soalan-soalan dan setiap jawapan pilihan dengan teliti.
Fahamilah maksud penggunaan kata dan frasa seperti kecuali, antara berikut, pernyataan yang benar, pernyataan yang tidak benar, perkara utama, mesej, pengajaran, tema, nilai murni, dan sebagainya. Jika kata atau frasa ini tidak difahami secara jelas, maka pelajar akan membuat kesilapan semasa mencari jawapan.
Secara umumnya, soalan-soalan ini berdasarkan tiga bentuk, iaitu:
- Soalan pemahaman berdasarkan petikan;
- Soalan pemahaman KOMSAS berdasarkan petikan;
- Soalan pemahaman KOMSAS berdasarkan keseluruhan prosa atau puisi.
Soalan (a)
Pelajar dikehendaki mencari jawapan berdasarkan isi petikan sahaja. Cuba kenal pasti jawapannya dalam setiap perenggan atau setiap rangkap.
Soalan (b)
Pelajar dikehendaki mengenal pasti aspek-aspek sastera tetapi berdasarkan petikan sahaja.
Soalan (c)
Pelajar dikehendaki mengenal pasti aspek-aspek sastera berdasarkan keseluruhan prosa atau puisi yang dikemukakan oleh soalan.
Oleh yang demikian, untuk menjawab soalan pemahaman dengan baik, pelajar wajarlah menguasai pelbagai aspek sastera yang diajar oleh guru.
Soalan 28 – 30
Soalan tentang peribahasa.
- Soalan ini menguji pemahaman pelajar tentang peribahasa.
- Peribahasa terlalu banyak dan sukar dihafal, tetapi pelajar harus cuba memberi penekanan terhadap peribahasa-peribahasa yang terkandung di dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1, 2, dan 3.
- Senaraikan peribahasa yang terdapat di dalam buku teks.
- Cari maksud dan makna peribahasa tersebut. Cuba gunakan peribahasa di dalam ayat atau dalam karangan pelajar.
- Latihan yang konsisten, pasti menambah pengalaman dan penguasaan pelajar untuk menjawab soalan ini.
Soalan 25 -27
Soalan ini ingin menguji pelajar supaya memilih gabungan ayat yang betul tatabahasanya sahaja. Jumlah ayat yang diberi adalah sebanyak empat.
Di samping mencari ayat yang betul dari segi tatabahasanya, para pelajar juga boleh menggunakan teknik mengenal pasti ayat yang nyata kesalahannya.
Jika ayat itu ternyata salah, maka, jawapan yang mengandungi ayat itu dipotongkan. Dengan cara ini, hanya tinggal beberapa ayat sahaja yang perlu dianalisis.
Contoh
- Rumah silam itu kelihatan sungguh menyeramkan.
- Hampir setiap malam ibu bertemankan air mata.
- Setiausaha Encik Ali bukan sombong, hanya bersikap tegas. (x) (sombong = kata adjektif; sepatutnya = tidak)
- Puan Tan terpaksa melahirkan kedua-dua orang anaknya itu melalui pembedahan kerana dia menghidap penyakit darah tinggi.
A I dan 2 sahaja
B 2 dan 3 sahaja (x)
C 2 dan 4 sahaja
D 3 dan 4 sahaja (x)
(Jawapan yang tepat ialah C kerana ayat perkataan silam pada rumah tidak boleh digunakan dan jawapan yang sebenarnya ialah usang.)
Namun, seperti biasa, penguasaan tatabahasa amatlah mustahak. Latihan yang konsisten, pasti menambah pengalaman dan penguasaan pelajar untuk menjawab soalan ini.
Soalan 22 - 24
Soalan untuk menentukan maksud ayat. Soalan jenis ini memang popular sejak dahulu lagi. Pelajar diuji untuk mengenal pasti ayat yang mempunyai maksud yang sama tetapi berbeza dari segi strukturnya.
- Pelajar mesti membaca ayat utama dengan teliti dan cuba memahaminya.
- Isi utama yang terkandung dalam ayat itu hendaklah dikenal pasti dan ditandakan. Biasanya tiga
.
Lawatan ke pusat kraf tangan itu bertujuan untuk mendedahkan penduduk kampung supaya mereka dapat memanfaatkan hasil bumi tempatan.
- Kemudian, kenal pasti jawapan atau ayat yang lain, yang mengandungi ketiga-tiga isi tersebut.
Setelah melawat pusat kraf tangan itu, penduduk kampung mendapat pendedahan tetang bagaimana hendak memanafaatkan hasil bumi tempatan.
Soalan ini kadangkala sangat mengelirukan. Oleh itu, pelajar harus teliti dan sentiasa memeriksa semula jawapan anda. Dengan l atihan yang konsisten, pelajar pasti dapat menambah pengalaman dan
penguasaan untuk menjawab soalan ini.
Soalan 18 – 21
Soalan dalam kumpulan ini ingin menguji pengetahuan sintaksis para pelajar. Para pelajar diminta mengenal pasti sama ada bahagian ayat yang digaris itu betul atau salah. Jika didapati salah, pilih jawapan yang tepat bagi menggantikan bahagian yang bergaris itu.
1.
Baca bahagian yang bergaris itu dengan teliti. Cuba kenal pasti aspek-aspek tatabahasa yang terdapat dalam ayat yang digaris itu. Misalnya, sama ada, dari aspek imbuhan, kata ganda, struktur ayat, atau pemajmukan.
2.
Melihat jawapan juga, adalah salah satu cara untuk mendapat jawapan yang betul. Mana-mana jawapan yang memang dikenal pasti salah, hendaklah dipotong.
3.
Dengan cara ini, jumlah jawapan yang hendak dipilih semakin berkurang, maka memudahkan anda untuk membuat pemilihan. Namun, seperti biasa, penguasaan tatabahasa amatlah mustahak. Latihan yang konsisten, pasti menambah pengalaman dan penguasaan pelajar untuk menjawab soalan ini.
Soalan 15 – 17
Mengenal pasti maksud kata dan penggunaan kata yang betul dalam sesebuah ayat.
- Jumlah soalan hanya 3 sahaja. Namun, soalan ini agak mengelirukan jika penguasaan kosa kata pelajar lemah.
- Antara teknik yang boleh diguna pakai adalah dengan mengenal pasti terlebih dahulu penggunaan kata yang salah. Kemudian, potong jawapan yang mengandungi nombor
jawapan itu.
- Baki jawapan yang ada haruslah dianalisis untuk mengenal pasti kesalahannya.
- Walau bagaimanapun, latihan dan persediaan awal amat perlu untuk memudahkan para
pelajar menjawab soalan-soalan jenis ini.
Soalan 8 – 14
1.
Merupakan soalan mengesan kesalahan umum tatabahasa sama ada dari segi:
a.
Kesalahan dari segi penggunaan kata;
b.
Kesalahan dari segi penggunaan frasa;
c.
Kesalahan dari segi struktur ayat;
d.
Kesalahan dari segi penggandaan;
e.
Kesalahan dari segi pemajmukan; dan
f.
Kesalahan dari segi pengimbuhan.
2.
Untuk menjawab soalan jenis ini, sekali lagi, penguasaan tatabahasa adalah sangat penting.
Latihan menjawab soalan-soalan tahun lepas akan dapat membantu pelajar membiasakan diri dengan bentuk-bentuk kesalahan yang sering disoal dalam kertas soalan.
Contoh:
tepak-tapak, rasmi-resmi, tembok-tembuk, di dalam/dalam, demi untuk/untuk, pada/kepada, dari/daripada
Jadikan kamus dan buku rujukan tatabahasa sebagai bahan untuk mengukuhkan penguasaan tatabahasa anda.
Jadikan sikap suka menganalisis ayat sebagai satu amalan terutamanya semasa membaca akhbar atau majalah.
Soalan 1 – 7
Merupakan soalan – Penggunaan pelbagai jenis kata, imbuhan dan kata ganda dalam ayat.
1.
Soalan jenis ini, sebenarnya merupakan bentuk soalan yang memang dikemukakan dalam Kertas 1 Bahasa Melayu PMR, pada setiap tahun.
2.
Justeru, para pelajar boleh merujuk kertas soalan pada tahun-tahun yang lepas untuk membiasakan diri pelajar dengan bentuk soalan tersebut.
3.
Para pelajar perlu mempunyai pengetahuan tatabahasa dan penguasaan kosa kata yang mantap. Bagi tujuan ini adalah mustahil untuk pelajar menghafal kesemua kosa kata yang terdapat dalam kamus.
4.
Kaedah yang lebih efektif adalah dengan banyak membuat latihan dan merujuk kamus. Logiknya, semakin banyak anda membuat latihan, maka semakin banyak kosa kata yang anda kuasai.
Thursday, September 29, 2011
TOPIK
TAHUN
Aspek
Bahasa
2005
2006
2007
2008
2009
Kata
adjektif
1
1
1
1
Kata majmuk
1
1
1
1
Kata ganda
1
2
1
1
1
Kata sendi
1
1
1
1
Kata bantu
1
Kata
hampir sama makna
3
2
5
Imbuhan
3
2
2
Kesalahan
kata
7
7
7
7
7
Kata
banyak makna
3
3
2
3
3
Kesalahan
frasa
4
4
4
4
4
Maksud ayat
3
3
3
3
3
Ayat-ayat
yang betul
3
3
3
3
3
Peribahasa
3
3
3
3
3
KOMSAS (Soalan 31- soalan 40)
Genre
2005
2006
2007
2008
2009
2010
Puisi
tradisional
Syair
menyambut pelajaran
Pantun
Dua Kerat
Sajak
Pesan
tangan Kepada Jari
Sajak
Bila Berjauhan
Seorang
Guru Tua
Prosa
Tradisional
Raja
Bersiung
Cerpen
Anak
Bumi tercinta
Tangan
Kanan, Tangan Kiri atau kedua-duanya
Drama
Buyung
Jalan
Sempit
Adik
Berjasa
Wednesday, July 13, 2011
Soalan
36- 40
Baca syair
di
bawah ini dengan
teliti kemudan jawab soalan-soalan yang berikutnya.
SYAIR
MUNGKIR JANJI
Tuan
berjanji berpegang tangan,
Mengaku
bersama menyingsing lengan,
Tidak
peduli tegah dan jangan,
Umpama
sungai tiada berhalangan.
Tetapi
akhimya apalah sudah,
Beberapa
lama tangan menadah,
Rupanya
tuan meluahkan ludah,
Umpama
biawak bercabang lidah.
Tidakkah
ingat tuan berkata,
Mahu
bersama hina dan leta,
Daripada
hidup berputih mata,
Biarlah
tulang tercampak ke kota.
Tidak
kusangka tuan tak ingat,
Umpama
lebah membuang sengat,
Bila
terasa api yang hangat,
Lekas
benar tuan merengat
Kalau
begitu aku berpesan,
Riwayat
kita hapuskan kesan,
Supaya
tidak berhati bosan,
Hilang
segala resah dan resan.
Antologi
Seuntai Kata untuk Dirasa,
Dewan
Bahasa dan Pustaka
36.
Frasa
Riwayat kita hapuskan kesan membawa maksud
A.
berharap
tidak
berhubungan lagi.
B.
memutuskan
perhubungan yang terjalin.
C.
kisah
hidup tidak memberikan sebarang
tanda.
D.
orang
yang mungkir janji hendaklah
dihukum bunuh.
Jawapannya
: B
37.
Apakah
pengorbanan penyair terhadap rakannya?
A.
Sanggup
menghadapi cabaran
demi ikatan janji.
B.
Rela
berputih mata untuk kesenangan rakan yang
rapat
C.
Meninggalkan
kampung
halaman untuk mengubah nasib.
D.
Tergamak
memutuskan persahabatan untuk
mengelakkan sakit
Jawapannya
: C
38.
Ciri-ciri
berikut yang manakah gaya bahasa simile?
A.
lekas
benar tuan merengat
B.
mahu
bersama hina dan leta
C.
rupanya
tuan meluahkan
ludah
D.
umpama
sungai tiada
berhalangan
Jawapannya
: D
39.
Berikut
merupakan tema syair ini
A.
kebimbangan
penyair
terhadap sikap sahabatnya.
B.
kegagalan
memperteguh
ikatan persahabatan
C.
kekecewaan
penyair kerana
sering tertipu
D.
kekecewaan
penyair
terhadap sahabatnya.
Jawapannya
: D
40.
Bagaimanakah
perwatakan orang yang mengungkapkan rangkap
terakhir
"Syair
Mungkir Janji"?
A.
Pendendam
B.
Pemurah
C.
Panas
baran
D.
Pemaaf
Jawapannya
: D
Saturday, July 9, 2011
Soalan
31 hingga
Soalan 35
Baca
petikan di bawah dengan teliti, kemudan
jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Dahlan
memungut satu demi satu buku
karangan. Dia perlu segera memungut buku-buku tersebut sebelum loceng
pertama
dibunyikan. Dia perlu segera meletakkan buku-buku
itu di
atas meja Cikgu Bustam. Dia
menghitung satu demi satu.
"Satu
lagi,siapa?"Tanya ketua darjah sambil memandang ke arah
kawan-kawannya.
Tiada
sesiapa yang menjawab. Dia menghitung buat kali
kedua untuk memastikan jumlahnya
betul.
"Ini ada 37 buah sahaja."
"Cepatlah,nanti
cikgu marah," sampuk Sudin
yang sudah bersedia untuk turun ke
padang
bagi memulakan Pendidikan Jasmani.
Suara
murid-murid Tahun Enam Kenanga yang mengatakan
bahawa mereka sudah
menghantar
buku karangan menjadi hingar-bingar seketika.
Kelas itu menjadi bising.
"Semua
orang turun ke padang! Saya nak hantar buku dahulu.,"kata Dahlan
setelah
permintaannya tidak dilayan. Dia tidak kuasa lagi menunggu. Dia yakin
Cikgu
Zainab,
guru Pendidikan Jasmani sudah
menunggu di padang.
Dada
Angamah berdebar-debar apabila dia terpandang Cikgu Bustam yang sedang
memandang tepat ke arahnya. Dia jadi tidak menentu dan serba salah.
"Barangkali
cikgu
marah,"katanya kepada diri sendiri.
Dia
tidak tahu apa yang harus di jawab kalau Cikgu Bustam memanggilnya
nanti. Dia
malu kepada rakan-rakan sekelasnya. Mengapa dia seorang sahaja yang
tidak
menghantar karangan ? Bermacam-macam persoalan bermain di kepalanya.
"Cepatlah
masa!" Dia berdoa agar Cikgu Bustam segera keluar kalau loceng rehat
dibunyikan.
"Angamah! Boleh
jumpa saya di bilik tamu nanti?" kata Cikgu Bustam sebelum melepaskan
murid-murid yang lain keluar rehat.
(Dipetik daripada
cerpen Sayang
Ayah, Antologi
Anak Bumi
Tercinta, Tingkatan 3, Dewan
Bahasa dan Pustaka)
31.
Yang
berikut merupakan sebab Dahlan ingin segera memungut
buku-buku karangan
kecuali...
A
buku-buku
itu hendak diletakkan di
atas meja Cikgu Bustam.
B
loceng
pertama akan dibunyikan.
C
mereka
perlu turun ke padang.
D
Cikgu
Bustam ingin berjumpa dengannya
di bilik tamu.
Jawapannya
: D
32.
Mengapakah
Angamah berasa serba salah?
A
Dia
takut Cikgu Bustam memanggilnya.
B
Cikgu
Bustam memandang tepat ke
arahnya.
C
Dia
malu kepada rakan-rakannya kerana tidak
menghantar buku karangan
D
Dia tidak tahu akan jawapan yang harus diberikan jika Cikgu Bustam
memanggilnya.
Jawapannya
: B
33.
"Barangkali
cikgu marah," katanya kepada
diri sendiri
Teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang
dalam petikan di atas ialah
A
dialog
B
saspens
C
monolog
D
pemerian
Jawapannya
: C
34.
Apakah
perwatakan Cikgu Bustam
berdasarkan petikan?
A
Garang
B
Tegas
C
Amanah
D
Bertanggungjawab
Jawapannya:
D
35.
Contoh
teknik imbas kembali dalam
cerpen Sayang Ayah ialah
A
Cikgu Angamah memujuk Angamah supaya menceritakan
masalahnya.
B
Angamah
tidak menghantar buku karangannya.
C
Ayah
Angamah meninggal dunia kerana ditimpa
kemalangan.
D
Angamah
teringat akan peristiwa dia dipukul oleh ayahnya.
Jawapannya:
D
Sunday, July 3, 2011
Soalan 22-24
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama
atau yang paling hampir
dengan ayat yang
dicetak tebal
22.
Negara kita mencapai kemerdekaan atas semangat dan daya usaha
rakyat yang
inginkan kebebasan daripada pemerintahan kolonial
.
A
Penjajah telah memberikan kemerdekaan kepada rakyat negara ini yang
mempunyai semangat dan daya usaha.
B
Kemerdekaan Berjaya dicapai kerana adanya semangat dan daya juang
rakyat yang ingin bebas daripada penjajah .
C
Rakyat perlu mempunyai semangat dan gigih berusaha untuk mencapai kemerdekaan daripada pemerintahan kolonial.
D
Semangat dan kesungguhan merupakan faktor penting untuk mencapai kemerdekaan daripada pemerintahan kolonial.
Jawapannya : B
23.
" Kamu tidak sepatutnya berada di sini, sekarang waktu
persekolahan," kata anggota polis itu kepada kumpulan pelajar
yang melepak di taman.
A
Anggota polis itu mengarahkan kumpulan pelajar yang melepak di taman itu pergi ke sekolah.
B
Anggta polis yang berada di taman itu meminta pelajar pergi ke sekolah kerana waktu persekolahan telah tiba.
C
Kumpulan pelajar yang melepak di taman itu sepatutnya pergi ke sekolah setelah diajak oleh anggota polis.
D
Anggota polis itu mengingatkan kumpulan pelajar yang melepak di taman bahawa mereka sepatutnya berada di sekolah pada waktu itu.
Jawapannya : D
24.
Rakyat negara ini perlu memajukan bidang pertanian dalam usaha mengurangkan pergantungan bahan makanan dari luar negara.
A
Usaha memajukan bidang pertanian wajar diberikan perhatian oleh rakyat negara ini bagi mengurangkan pergantungan bahan makanan dari luar negara.
B
Rakyat negara ini diseru agar meningkatkan usaha mengurangkan pergantungan bahan makanan dari luar negara.
C
Rakyat negara ini tidak harus bergantung pada bahan makanan yang diimport jika ingin memajukan bidang pertanian .
D
Pergantungan terhadap bahan makanan dari luar negara perlu dikurangkan oleh rakyat negara ini dalam usaha untuk memajukan bidang pertanian .
Jawapannya : A
Soalan
25- 27
Pilih ayat-ayat yang betul.
25
I
Pertanyaan saya tentang masalah itu masih belum berjawab lagi.
II
Ibu bapa hendaklah sentiasa mengambil berat terhadap pelajaran anak.
III
Yang berbaju kurung itu ialah adik saya yang bongsu.
IV
Program Rukun Tetangga dapat mempererat hubungan antara kaum di Malaysia
A
I dan II sahaja
B
I dan lVsahaja
C
I, III dan IV sahaja
D
II, III dan IV sahaja
Jawapannya : C
26
I
Kerani itu sibuk mengemas kini maklumat pekerja untuk diserahkan kepada pengurusnya.
II
"Mana baju yang kamu berkenan, ambillah," kata ayah kepadaku.
III
Kes buli pelajar tingkatan satu akan dibincangkan dalam mesyuarat guru pada hari ini.
IV
Gerakan besar-besaran dilancarkan oleh polis bagi menangkap penjenayah di negara ini.
A
I dan III sahaja
B
II dan III sahaja
C
I, II dan IV sahaja
D
I, III dan IV sahaja
Jawapannya : A
27
I
Saya sempat mengemas bilik tidur sebelum berangkat ke sekolah
II
Setiap orang warganegara hendaklah memberikan sumbangan kepada nusa dan bangsa
III
Abang dihadiahi seutas jam tangan oleh ayah sempena ulang tahunnya yang ke-15
IV
Sorak-sorai penonton di stadium itu kedengaran hingga ke rumah saya.
A
I dan II sahaja
B
I dan III sahaja
C
II dan IV sahaja
D
III dan IV sahaja
Jawapannya : D
Soalan
28- 30
Pilih peribabasa atan maksud peribabasa yang paling sesuai
bagi pernyataan-pernyataan
yang berikut.
28
Harapannya untuk memperisteri Manisah hampa apabila dihalang oleh kedua-dua orang ibu bapanya. Peribahasa yang sesuai dengan situasi tersebut dapat digambarkan
seperti:
A
Pungguk rindukan bulan
B
Abu di atas tunggul
C
Kacang lupakan kulit
D
Kaca terhempas ke batu
Jawapannya : D
29
Walaupun berpendapatan kecil, dia tetap berbelanja mewah setiap hari.
A
Besar pasak dari tiang
III
Besar periuk besar keraknya.
IV
Ukur baju di badan sendiri
D
Belum duduk sudah berlunjur
Jawapannya : A
30
Setinggi-tinggi terbang bangau hinggap di atas belakang kerbau
juga
Peribahasa di atas bermaksud
A
Seseorang yang kehilangan tempat bergantung
B
Orang yang suka melakukan pekerjaan yang sia-sia.
C
Perselisihan faham yang sering berlaku antara adik-beradik.
D
Walaupun ke mana pergi, akhimya kembali ke tempat asal.
Jawapannya : D