1. Penjodoh bilangan biasanya digunakan dengan kata bilangan .
2. Tetapi, ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan
SALAH BETUL
setiap orang pelajar setiap pelajar
semua orang peniaga semua peniaga
sekalian orang peserta sekalian peserta
para orang imam para imam
segala ekor binatang segala binatang
3. Penjodoh bilangan tidak juga diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.
SALAH |
BETUL |
segala butir cadangan |
segala cadangan |
tiap-tiap bentuk kenangan |
tiap-tiap kenangan |
semua buah pendapat |
semua pendapat |
pelbagai bentuk teguran |
pelbagai teguran |
kedua-dua bentuk sifat |
kedua-dua sifat |
setiap buah sumbangan |
setiap sumbangan |
beberapa buah usul |
beberapa usul |