Karangan

Kepentingan Perpaduan Kaum

Penduduk Malaysia terdiri dari berbagai kaum
Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang unit lantaran rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum. Ramai penduduk dunia tertanya-tanya apakah formula ampuh yang telah digunakan oleh pemimpin-pemimpin berwibawa di Malaysia sehingga rakyatnya dapat hidup bersatu-padu dan aman damai tanpa sebarang pertelingkahan. Namum, persoalan sedemikian hanya dapat dijawab apabila semangat perpaduan itu tersemat di dalam diri setiap anak watan yang akan mewarisi tampuk pentadbiran Malaysia. Tambah pula, aspek perpaduan telah dianggap sebagai tulang belakang kepada kegemilangan Malaysia. Oleh sebab itu, setiap rakyat Malaysia perlu sedar akan kepentingan perpaduan kaum kerana aspek perpaduan ini memberi impak yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia.
Dalam hal ini, perpaduan kaum amat penting untuk mengekalkan kestabilan politik. Kestabilan politik dalam setiap jabatan amat  perlu bagi menjamin keutuhan struktur pentadbiran Malaysia. Fungsi pentadbiran Negara pula perlu dilaksanakan secara sistematik kerana banyak negara luar yang gemar berurusan dengan pemimpin Malaysia. Impak positif yang berlaku ialah Negara Malaysia dapat melebarkan ruang lingkup jalinan persahabatan dan perdagangan bagi mencakupi arena global. Umpamanya, kestabilan politik di Johor telah memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur asing untuk melabur di Malaysia bagi membangunkan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Oleh itu, perpaduan kaum yang telah menyumbang ke arah kestabilan politik memberi pulangan yang lumayan kepada Malaysia bak kata pepatah Melayu’ pucuk dicta, ulam mendatang’ kerana kedua-duanya memberikan faedah kepada Malaysia.
Seperkara lagi, perpaduan kaum dapat menjamin Negara Malaysia. Amnya mengetahui bahawa Malaysia terdiri  daripada berbilang bangsa di mana majoriti rakyatnya terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India yang mempunyai pelbagai adat resam, agama dan kepercayaan sejak lima dekad yang lalu. Pemimpin-pemimpin yang lalu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun Sambathan serta ramai pemimpin berwibawa yang lain telah berunding dan bertolak ansur untuk mencapai perpaduan demi sebuah negara yang tercinta. Kini, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk terus memelihara perpaduan yang telah kita warisi sejak zaman-berzaman lagi. Melalui perpaduan dan keharmonian, Malaysia telah mengorak langkah serta melalui satu fasa perubahan yang drastik sehingga kita standing dengan negara-negara maju yang lain dan dikagumi oleh seluruh pelusok dunia. Tambahan pula, ada segelintir pemimpin dunia yang menjadikan Malaysia sebagai suri teladan untuk membentuk perpaduan rakyat mereka seterusnya mencetuskan keharmonian negara,
Dalam nada yang sama, perpaduan kaum amat penting bagi merapatkan jurang perbezaan ekonomi pelbagai kaum di Malaysia. Melalui penemuan satu formulasi ekonomi iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke- 2, Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1970, beliau berjaya merungakai satu masalah yang membelenggu rakyat Malaysia yang mana, pada masa itu satu kaum telah memusuhi kaum yang lain dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Impak positif daripada formulasi ini, wujud semangat bertolak-ansur dalam kalangan rakyat dalam usaha membasmi kemiskinan. Tindakan ini juga jelas dapat dilihat apabila pihak kerajaan sendiri berusaha meningkatkan taraf kehidupan golongan miskin melaui proses memodenkan kawasan luar bandar. Intihanya, usaha merapatkan jurang ekonomi antara kaum amat penting dalam usaha memupuk perpaduan kaum.
Akhirulkalam, tanggungjawab menyemai benih perpaduan dalam diri setiap individu menjadi tugas rakyat Malaysia bersama-sama. Moga-moga usaha yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu dihargai oleh kita dengan terus memupuk sikap bersatu-padu tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, maupun budaya. Oleh itu marilah sama-sama kita menghayati cogan kata ‘bersatu teguh, bercerai roboh’ dalam usaha meningkatkan lagi kesedaran kita tentang peri penting hidup bersatu-padu.

Sumber: Newborn blogger


Bagaimana Menghasilkan Karangan Yang Baik Dalam Waktu Yang Singkat

Adakah anda mempunyai karangan anda perlu selesaikan dalam waktu yang singkat? Adakah anda perlu mendapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan anda? Kalau begitu, cuba ikut langkah-langkah ini untuk menulis karangan yang baik dengan cepat!

Bagaimana Tulis Esei Baik dalam Jumlah Pendek Masa
  • Pertama, anda perlu bermula dengan menulis isi-isi penting di atas kertas kasar. Anda mungkin berfikir ini adalah satu pembaziran masa, tetapi sebenarnya ini akan banyak membantu. Jika anda tidak menulis isi-isi penting, anda mungkin akan lupa mereka dan anda akan memakan masa yang lebih lama.

  • Bermula dengan pengenalan yang baik, itulah bahagian yang terbaik daripada karangan anda. Pengenalan tidak perlu panjang.

  • Tulis perenggan karangan, dan semasa menulis anda boleh rujuk isi-isi penting yang anda telah rangka di atas kertas kasar tadi. 

  • Kesimpulan karangan. Kesimpulan adalah sama penting dengan pengenalan. Jadi pastikan anda melakukannya dengan baik.

  • Buat semakan!


  • Sumber: http://www.wikihow.com/

    Analisis Soalan Percubaan Bahasa Melayu PMR Kertas 2, 2012

    Selangor 2012
    Soalan 1
    Setiap murid mempunyai impian untuk mengecapi kejayaan. Huraikan langkah-langkah untuk menggalakkan rakan sebaya anda mencapai impiannya
    Soalan 2
    Ibu bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-anak agar berjimat cermat. Huraikan pendapat anda.
    Soalan 3
    Sekolah anda telah mengadakan sambutan Hari Koperasi Sekolah. Tuliskan laporan tersebut selengkapnya
    Soalan 4
    Semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat amat penting untuk mewujudkan sebuah negara yang harmoni. Bincangkan cara-cara memupuk semangat perpaduan di kawasan kejiranan anda.
    Soalan 5
    Cerpen dapat membantu murid menghayati karya sastera di sekolah. Pelbagai pengajaran diperoleh menerusi pembacaan cerpen. Huraikan keistimewaan cerpen yang anda baca
    Melaka  2012
    Soalan 1
    Seorang sahabat anda telah mengutus surat kepada anda. Dia meminta anda menceritakan persediaan menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah yang bakal dihadapi pada hujung tahun ini. Balas surat rakan anda itu
    Soalan 2
    Keluarga memainkan peranan penting dalam menangani masalah sosial yang semakin membimbangkan semua pihak. Berikan pendapat anda berdasarkan pernyataan di atas
    Soalan 3
    Baru-baru ini anda telah menyertai aktiviti perkhemahan yang telah dianjurkan oleh unit  beruniform di sekolah anda. Ceritakan pengalaman anda semasa menyertai aktiviti perkhemahan tersebut
    Soalan 4
    Anda telah dipilih untuk mewakili kelas dalampertandingan syarahan anjuran Persatuan BahasaMelayu di sekolah anda. Tajuk syarahan tersebut ialah
    ‘Amalan Hidup Sihat’. Tulis syarahan anda itu selengkapnya.
    Soalan 5
    “Bagai menatang minyak yang penuh”. Peribahasa di atas bermaksud memelihara anak dengan penuh kasih sayang. Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa diatas.
    Perak 2012
    Soalan 1
    Anda ahli koperasi sekolah. Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh dengan menjadi ahii koperasi sekolah
    Soalan 2
    Ibu bapa berperanan menentukan kejayaan anak-anak dalam peperiksaan. Bincangkan usaha-usaha ibu bapa untuk membantu anak-anak membuat persiapan menghadapi peperiksaan
    Soalan 3
    Sekolah anda telah mengadakan sukan tahunan.  Sebagai wartawan majalah sekolah, anda telah ditugaskan untuk menyediakan laporan kejohanan tersebut. Sediakan laporan tersebut selengkapnya
    Soalan 4
    Remaja pada masa sekarang mudah terpengaruh dengan budaya negatif. Huraikan sebab-sebab berlakunya perkara tersebut
    Soalan 5
    Peribahasa belakang parang kalau diasah lagikan tajam bermaksud orang yang bodoh jika belajar akan menjadi pandai. Tuliskan sebuah cerita berdasarkan maksud peribahasa tersebut
    Kedah 2012
    Soalan 1
    Pertandingan memancing telah diadakan di tempat anda. Anda dan rakan-rakan telah menyertai pertandingan tersebut. Ceritakan pengalaman anda
    Soalan 2
    Kini, gejala vandalisme semakin membimbangkan. Huraikan peranan masyarakat untuk membendung gejala ini
    Soalan 3
    Maklumat di hujung jari. Bincangkan kepentingan penggunaan internet pada masa kini
    Soalan 4
    Aktiviti kokurikulum wajib disertai oleh semua pelajar.Sebagai setiausaha persatuan, anda dikehendaki menulis satu laporan tentang aktiviti tahunan persatuan yang anda sertai. Tulis laporan itu selengkapnya
    Soalan 5
    Peribahasa ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’  bermaksud melatih anak daripada kecil. Tulis sebuah karangan berdasarkan peribahasa ini
    Perlis 2012
    Soalan 1
    Anda telah menyertai Kem Kecemerlangan PMR anjuran pihak sekolah. Huraikan aktiviti-aktiviti yang dilakukan sepanjang anda mengikuti program tersebut
    Soalan 2
    Setiap orang mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia danharmoni. Huraikan ciri-ciri keluarga impian anda
    Soalan 3
    Sekolah anda telah mengadakan aktiviti gotong- royong.  Selaku   setiausaha Kelab    Alam  Sekitar,  anda  diminta menyediakan laporan tentang aktiviti tersebut. Sediakan laporan itu selengkapnya.
    Soalan 4
    Kejadian kanak-kanak dan remaja hilang daripada pangkuan keluarga semakin menjadi-jadi walaupun usaha-usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak untuk menanganinya. Huraikan peranan masyarakat untuk mengatasi masalah tersebut.
    Soalan 5
    Di mana ada kemahuan di situ ada jalan bermaksud jika ada azam, apa-apa yang dihajati akan dicapai. Tuliskan sebuah cerita berdasarkan maksud peribahasa tersebut
    Kelantan 2012
    Soalan 1
    Setiap pelajar diwajibkan mematuhi undang-undang dan peraturan yang terdapat di sekolah. Nyatakan pendapat anda tentang sebab-sebab perlunya undang-undang dan peraturan sekolah dipatuh oleh pelajar.
    Soalan 2
    Sahabat pena anda ingin mengetahui tentang sambutan perayaan salah satu kaum di Malaysia. Tulis sepucuk surat kepada sahabat pena anda itu.
    Soalan 3
    Sekolah anda telah mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan. Ceritakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan tersebut.
    Soalan 4
    Internet merupakan saluran ilmu pengetahuan kepada semua pengguna. Huraikan kebaikan internet kepada pelajar
    Soalan 5
    Peribahasa ‘Sebab nila setitik rosak susu sebelanga’ membawa maksud kerana yang sedikit rosak yang banyak. Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.
    Terengganu 2012
    Soalan 1
    Pasukan permainan sekolah yang anda wakili telah mengalami kekalahan dalam pertandingan peringkat daerah. Cadangkan langkah-langkah untuk membaiki kelemahan pasukan anda sebagai persiapan untuk pertandingan pada tahun hadapan
    Soalan 2
    Guru merupakan golongan insan yang perlu dihormati. Huraikan cara-cara untuk menghormati guru anda.
    Soalan 3
    Anda akan menyertai pertandingan syarahan anjuran Jabatan Kesihatan Daerah. Tajuk syarahan yang anda pilih ialah “Peranan ibu bapa penting untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam keluarga”.
    Soalan 4
    Kemalangan jalan raya di negara kita semakin meningkat pada setiap tahun. Huraikan peranan kerajaaan untuk mengurangkan kadar kemalangan
    Soalan 5
    Peribahasa seperti kacang lupakan kulit memberikan nasihat supaya jangan melupakan jasa insan yang pernah menolong kita. Tuliskan sebuah cerita berdasarkan maksud peribahasa tersebut
    Pahang 2012
    Soalan 1
    Budi Bahasa Budaya Kita. Nyatakan ciri-ciri seorang yang berbudi  bahasa.
    Soalan 2
    Ibu bapa merupakan ketua dalam  institusi keluarga. Huraikan peranan ibu bapa dalam membentuk keluarga  bahagia.
    Soalan 3
    Anda akan menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan   oleh  pihak  sekolah.  Tajuk  syarahan  ialah “perpaduan  Menjamin kesejahteraan  Negara ”.
    Sediakan teks  syarahan  selengkapnya.
    Soalan 4
    Belakangan ini, kejadian kejadian jenayah sering berlaku di kawasan setempat. Hal ini menjadi kebimbangan pelbagai pihak. Nyatakan peranan masyarakat dalam menjamin keselamatan setempat
    Soalan 5
    Peribahasa “ Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya” bermaksud cita-cita tanpa usaha tidakakan tercapai. Tulis sebuah  cerita  berdasarkan  maksud peribahasa tersebut.

    Tuesday, September 11, 2012

    Faedah-faedah Amalan Berbudi Bahasa

    Oleh Loo Shwu Ying
    Tingkatan 3 Ixora SMKTM
          Dalam mengharungi era ledakan sains dan teknologi, budaya berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat semakin lenyap dalam sanubari dewasa dan remaja. Berita tentang remaja bertindak liar di luar batas-batas kehidupan dengan terlibat dalam aktiviti-aktiviti jenayah seperti gengsterisme, vandalisme dan pornografi sering terpapar di dada akhbar dan kaca televisyen. Hal ini jelas menunjukkan betapa kroniknya masalah kelunturan amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat. Sememangnya, tidak dapat dinafikan bahawa kebejatan amalan mulia ini adalah disebabkan oleh pengaruh budaya kuning dari negara-negara barat seperti Amerika Syarikat, Belanda dan United Kingdom yang terkenal dengan sikap keterbukaan. Malaysia merupakan sebuah negara yang demokratik dan mengamalkan dasar buka pintu bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara. Justeru, masyarakat kita tidak dapat lari dari pengaruh dunia luar dan pengaruh budaya kuning dengan mudahnya dapat bersarang di kotak fikiran masyarakat.
    Budaya berbudi bahasa perlulah dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan seharian kita kerana seribu satu manfaat boleh diperolehi. Salah satu kepentingan amalan ini adalah dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara kita. Masyarakat yang berbudi bahasa akan saling menghormati tidak kira apa jua warna kulit, taraf dan umur individu tersebut. Apabila wujud sikap saling menghormati, masyarakat akan dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan gembira walaupun hidup dengan masyarakat yang berbeza budaya, adat dan kepercayaan. Dalam pada itu, perselisihan faham antara kaum atau rusuhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969 dapat dielakkan. Ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-51 iaitu pada tahun 2008 yang bertemakan Perpaduan Teras Kejayaan jelas menunjukkan pentingnya perpaduan kaum dalam negara kita yang terdiri daripada rencaman bangsa. Pepatah ada mengatakan bersatu teguh, bercerai roboh. Justeru, apabila masyarakat bersatu, negara dapat berkembang dengan maju dan anasir-anasir luar tidak dapat menggugat kestabilan negara dengan mudah.
    Meninjau dari skop yang lebih luas, amalan berbudi bahasa dapat melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun. Menurut konteks sejarah, masyarakat yang bertamadun merupakan masyarakat yang memiliki tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur selain pencapaian lahiriah. Oleh itu, masyarakat pada masa tersebut dapat membina empayar dan kerajaan yang kuat dan hebat seperti ketika tamadun Mesopotamia.
    Tamadun Mesir Purba, tamadun Indus dan tamadun Hwang He walaupun pada masa itu teknologi masih belum berkembang dengan sepenuhnya. Namun begitu, scenario hari ini yang menyaksikan masyarakat yang biadap dan kasar sikapnya seperti mengeluarkan kata-kata kesat amatlah memilukan hati bagai duri dalam daging. Hal ini seolah-olah masyarakat kita masih hidup dalam Zaman Jahiliah yang mana akhlak dan nilai hidup masyarakat pada masa tersebut adalah sangat rendah. Perkara seumpama itu tidak sepatutnya wujud dalam masyarakat kkit lagi memandangkan negara kita telah lima dekad mencapai kemerdekaan. Untuk mendapatkan kemerdekaan bukanlah suatu perkara yang mudah tetapo untuk mempertahankan dan mengekalkan kemerdekaan merupakan perkara yang lebih sukar untuk dilakukan. Justeru, negara amat memerlukan masyarakat yang berfikiran matang dan bijak untuk mengelakkan penjajahan semula oleh kuasa-kuasa asing.
    Dari kaca mata yang lain, industri pelancongan juga turut meningkat. Masyarakat yang berbudi bahasa akan mempamerkan nilai-nilai yang positif seperti memberi layanan yang sopan dan bersikap lemah lembut terhadap pelancong asing. Hal ini penting agar dapat meninggalkan imej yang positif terhadap negara kita dalam diri pelancong. Pelancong juga akan mempunyai percutian yang menyeronokkan kerana beranggapan bahawa kedatangan mereka adaalah dialu-alukan dan dihargai oleh masyarakat tempatan. Dalam pada itu, pekerja-pekerja dalam Jabatan Kastam dan Imigresen, pemandu pelancong dan pemandu pengangkutan awam perlulah memainkan pereanan yang lebih penting dengan senantiasa melemparkan senyuman dan bertutur dengan nada yang lembut ketika berurusan dengan pelancong asing. Negara Jepun sayugia dijadikan teladan kerana masyarakatnya sememangnya kaya dengan budi bahasa. Contohnya, ucapan irasshaimase yang bermaksud selamat datang dalam bahasa Jepun pasti akan menusuk ke gegendang telinga tidak kira apa-apa kedai yang dikunjungi. Amalan berterima kasih juga merupakan sesuatu yang biasa dalam masyarakat Jepun. Justeru, budaya murni ini perlulah diserapkan dalam jiwa dan raga setiap individu terutamanya golongan yang berurusan dengan pelancong asing agar mereka dapat menikmati percutian yang menyeronokkan di negara kita.
    Di samping itu, pemimpin yang berdedikasi juga dapat dilahirkan. Pemimpin yang baik akan dapat mmentadbir negara dengan lancer kerana mendapat sokongan padu daripada rakyat. Dalam pada itu, golongan remaja merupakan asset yang sangat bernilai kepada negara kerana mereka adalah generasi pelapis yang bakal menerajui tampuk kepimpinan negara. Oleh itu, budi bahasa perlulah dijadikan panduan kepada kehidupan mereka supaya mereka dapat menjauhkan diri daripada kancah gejala social serta dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Pemimpin yang berbudi bahasa juga dapat meningkatkan imej negara kerana pemimpin dari negara lain akan kagum dan nmenghormati negara kita. Ironinya, hubungan diplomatik bagi menjamin kemajuan dan keselamatan nbegara dapat dijalainkan dengan mudah. Dengan itu, negara kita akan dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain. Selain itu, negara kita akan terkenal di persada dunia kerana sifat budi bahasa kita dan ini akan menjadi kebanggaan masyarakat kita.
    Individu yang berbudi bahasa juga akan memperolehi pelbagai kemaslahatan, antaranya mudah didampingi oleh orang lain,. Hal ini kerana individu yang berbudi bahasa sentiasa lemah lembut dan bersopan santun dalam pertuturan dan perlakuan. Mereka juga tidak akan mengeluarkan kata-kata yang kesat atau kata-kata yang menyakitkan hati. Justeru, mereka tida akan menyinggung perasaan orang lain. Sebaliknya, mereka akan dihormati dan disenangi oleh orang lain. Hal ini akan turut menjaga nama baik dan maruah individu tersebut dan keluargannya kerana sifat-sifatnya yang mulia itu. Konklusinya, budaya berbudi bahasa perlulah digarapkan oleh ibubapa dalam diri anak-anak sejak dari kecil lagi bagai melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan ini, hasrat negara untuk melahirkan masyarkat yang berbudi bahasa menjelang tahun 2020 akan dapat direalisasikan.
    Natijah, sifat-sifat luhur dan amalan berbudi bahasa yang dahulunya menjadi kebanggaan masyarakat timur tetapi kian terhakis ini wajarlah dipulihkan dan dihidupkan semula. Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah menyatakan yang negara kita akan mudah dikalahkan jika kita mempunyai infrastruktur kelas pertama tetapi mentali kelas ketiga. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa pembangunan nilai dan budaya yang betul amat mustahak untuk negara mencapai cita-citanya yakni untuk mencapai taraf negara maju yang duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negar-negara gergasi lain di dunia. Dalam pada itu, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing dan mengelakkan sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Dalam menanam amalan berbudi bahasa dalam diri setiap individu. Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni perlulah diimplementasikan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran rakyat. Kita mengharapkan agar menjelang tahun 2020, tabiat buruk seperti gengsterisme, dan bercakap kesat sudah lupus dari memori setiap rakyat Malaysia supaya negara akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

    Monday, October 3, 2011

    Kepentingan Perpaduan Kaum Di Malaysia

    Rakyat berbilang kaum hidup bersatu-padu dan aman damai
    'Bagai aur dengan tebing'
    merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan kehidupan masyarakat . Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum namun semangat tolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara. Bertitik tolak daripada sikap saling menolong ini, akan lahirlah masyarakat yang bersatu padu. Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati ibarat
    'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'
    .

    Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya, masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah. Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar
    tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
    .

    Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala
    'enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'
    . Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum. Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya, wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit. Sebagai iktibar, masayarakat Malaysia wajar mengekalkan perpaduan demi mengelakkan semangat assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini.

    Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan Malaysia
    berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
    dengan negara lain.

    Konklusinya, pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti yang dapat memupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan peranan dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam kemerdekaan. Semoga 52 tahun kemerdekaan pada tahun ini akan meningkatkan kesepakatan masyarakat untuk menobatkan Malaysia agar gah dan popular di seluruh sarwajagat ini. Laungan
    'Malaysia Boleh'
    perlu diteruskan agar semangat warganegara Malaysia ini digeruni oleh negara luar.
    Sumber: Cikgu Anelyza
    Enhanced by Zemanta

    Monday, August 16, 2010

    CONTOH KARANGAN BERBENTUK SYARAHAN

    Karangan Ucapan/Syarahan/Ceramah


    Anda telah diminta menyampaikan suatu ceramah dalam satu majlis. Tajuk ceramah yang ingin anda sampaikan ialah usaha mengekalkan permainan tradisional

    Pendahuluan
    Isi
    Ucapan alu-aluan. Permainan tradisional, merupakan permainan yang kits warisi daripada nenek-moyang kita dahulu yang  kian dilupakan.
    Huraian Mengapa Bagaimana
    Pada zaman yang serba moden ini, banyak terdapat permainan moden yang jauh lebih kreatif dan menarik
    Contoh
    Permainan dalam komputer
    Peribahasa
    Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang
    Rumusan

    Sekiranya tiada usaha mengekalkan permainan tradisional ini, warisan yang tidak ternilai ini akan lupus begitu sahaja

      Isi 1
    Isi
    Memperkenalkan permainan tradisional ini kepada pelajar sekolah
    Huraian Mengapa
    Bagaimana
    Untuk membiasakan mereka dengan permainan seperti itu Melalui penyerapannya dalam kegiatan kokurikulum.
    Permainan tersebut boleh juga diperkenalkan sewaktu mata pelajaran Pendidikan Jasmani atau kegiatan luar bilik darjah yang lain
    Contoh
    Pertandingan antara kumpulan, kelas, atau sekolah
    Peribahasa
    Melentur buluh biarlah dari rebungnya
    Rumusan

    Permainan ini akan terus diminati dan tidak pupus ditelan zaman.
     Isi 2
    Isi
    Mediacetak dan media elektronik seharusnya membantu memberikan publisiti secara besar-besaran
    Huraian Mengapa

    Bagaimana
    Mediamerupakan saluran yang paling rapat dengan masyarakat.
    Cara-cara permainannya haruslah dipaparkan berkali-kali agar memudahkananggota masyarakat memaharninya.
    Contoh
    Memberikan publisiti pada setup kali sambutan Hari Keluarga, Temasya Sukaneka,  atau  Sukan  Rakyat,  dan
    sebagainya,  permainan    tradisional haruslah menjadi acara yang diutamakan
    Peribahasa
    Tak kenal maka tak cinta
    Rumusan

    Terbukti bahawa maklumat yang disalurkan oleh media amat berkesan kepada masyarakat

      Isi 3
    Isi
    Bengkel, kursus, atau demonstrasi permainan tradisional hendaklah selalu diadakan secara berterusan
    Huraian Mengapa Bagaimana
    Untuk memberi peluang yang lebih luas kepada orang ramai menyertai bengkel seperti ini
    Contoh
    Pihak Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan Pelancongan mengadakan pertunjukkan permainan tradisional bukan saja dalam kalangan masyarakat setempat malah juga dalam kalangan masyarakat luar negeri.
    Peribahasa
    Janganlah hanya hangat-hangat tahi ayam
    Rumusan

    Rakyat  akan  lebih  meminati  permainan  tradisional  apabila
     mereka memperoleh pengetahuan yang mendalam tentangnya
     Penutup
    Kesimpulan
    Usaha-usaha memperkenalkan permainan tradisional perlulah dilakukan secara bersungguh-sungguh
    Cadangan
    Kerjasama daripada semua pihak amatlah diperlukan
    Harapan
    Agar identiti bangsa akan dapat dikekalkan untuk generasi akan datang
    Pendirian
    Warisan ini perlu dikekalkan agar subur sepanjang zaman 'Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas'- ucapan terima kasih

    Monday, August 2, 2010

    Karangan

    CIRI-CIRI KARANGAN YANG BAIK ( 80 hingga 100 markah )

    a. Takrif karangan tepat sekali
    - Calon mesti menulis karangan menurut kehendak soalan.

    b. Fikiran sungguh matang.

    - Calon dianggap berfikiran matang sekiranya dapat mengemukakan pendapat, pandangan, atau cadangan yang baik atau bernas, logik, dan berasional iaitu dapat mengemukakan alasan yang munasabah.

    c. Isi cukup dan berkembang

    Isi cukup bermaksud calon mengemukakan tidak tidak kurang daripada 3 isi namun calon yang biasanya mendapat markah yang baik mengemukakan tidak kurang daripada 6 isi dan isi yang dikemukakan itu dikemukakan secara seimbang sekiranya terdapat lebih daripada 1 skop kehendak soalan.

    Isi yang berkembang pula bermaksud isi yang diikuti dengan huraian dan contoh-contoh yang sesuai.

    d. Pengolahan istimewa atau sangat menarik dan sungguh berkesan.

    e. Bahasa sangat memuaskan dan lancar .

    Bahasa yang digunakan ialah bahasa baku atau bahasa yang standard serta tidak dipengaruhi oleh gaya bahasa lisan. Misalnya :

    f. Terdapat kesalahan tatabahasa yang tidak ketara (jelas )

    g. Terdapat pelbagai jenis ayat.

    Ini bermakna calon perlu menulis dalam ayat selapis, ayat majmuk (yang menggunakan kata hubung), ayat pendek, sederhana, dan panjang.

    h. Kosa kata ( perkataan ) sangat luas dan digunakan dengan betul.

    Calon yang baik menggunakan perkataan yang menunjukkan calon banyak membaca buku atau majalah yang ilmiah. Calon juga perlu menunjukkan kebolehan dapat menggunakan perkataan-perkataan tersebut dengan betul dan tepat.

    i. Pemerengganan dan wacana digunakan dengan betul.

    Calon menulis isi atau fakta, huraian, dan contoh yang lengkap dalam satu perenggan. Perenggan baru yang ditulis seharusnya menunjukkan kesinambungan dengan perenggan yang sebelumnya dengan menggunakan perkataan seperti :

    Selain itu,…/ Namun begitu, masih terdapat beberapa bidang lain yang perlu kita terokai untuk melayakkan kita dianggap sebagai satu masyarakat yang serba boleh.

    j. Tanda baca digunakan dengan tepat.

    Calon yang memperoleh markah yang baik dalam penulisan karangan sangat mengambil berat tentang penggunaan tanda baca terutamanya tanda koma dan nokhtah.
    Subscribe to: Posts (Atom)

    Sponsor

    Unordered List

    Baru-baru ini tempat tinggal anda telah dilanda banjir kilat. Tulis pengalaman anda semasa membantu mangsa-mangsa banjir kilat tersebut.

    Sekolah anda telah menjayakan Program Minggu Bahasa Melayu anjuran Panitia dan Persatuan Bahasa Melayu. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan. Tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk menceritakan Program Minggu Bahasa Melayu tersebut.

    Sekolah anda telah menjayakan Program Minggu Bahasa Melayu anjuran Panitia dan Persatuan Bahasa Melayu. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan. Tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk menceritakan Program Minggu Bahasa Melayu tersebut.

    Balas surat sahabat pena yang ingin berkunjung ke negara anda untuk melawat suatu tempat pelancongan yang menarik.

    Peribahasa “bagai aur dengan tebing” bermaksud perkaitan orang yang suka bertolong-tolongan dan saling melengkapi.

    Peribahasa Melayu 'seperti kacang lupakan kulit' memberi nasihat supaya jangan melupakan budi insan yang pernah berjasa. Tulis karangan berdasarkan peribahasa tersebut.

    Media massa sering memaparkan berita tentang kegiatan vandalisme yang berlaku di negara ini. Cadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini.

    Ibu bapa memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecemerlangan akademik anak-anak. Beri pendapat anda.

    Mempelajari seni pertahanan diri banyak membawa kebaikan. Jelaskan faedah-faedah mempelajari seni pertahanan diri.

    Peribahasa:Seperti Katak di bawah Tempurung

    Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa ‘Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian’.

    Popular Posts

    Penduduk Malaysia terdiri dari berbagai kaum Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang unit lantaran rakyatnya ter...
    CONTOH KARANGAN Peranan Ibu Bapa dalam Mengurangkan Gejala Sosial Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial ya...
      Karangan 1.       Acap kali negara kita menganjurkan sukan berprestij di dunia seperti Formula One, LeTour De Langkawi, Sukan Komen...
    CONTOH PENDAHULUAN DAN PENUTUP KARANGAN YANG MENARIK. (Untuk penutup gunakan : Sebagai menggulung segala yang dibincangkan, Akhir kala...
    Copyright ©
    | Powered by
    Design by
    | Blogger Theme by
    -
    | Distributed By
    Share by: