BM PT3 Kertas 1

Kertas 1 Soalan 31 - 40

Soalan 31 – 35

Pemahaman Prosa (KOMSAS)

Soalan 36 – 40

Pemahaman Puisi (KOMSAS)

Pelajar perlu membaca petikan dengan teliti sekurang-kurangnya dua kali. Jangan hanya membaca ayat atau perenggan yang berkaitan dengan soalan sahaja.

Kemudian, bacalah soalan-soalan dan setiap jawapan pilihan dengan teliti.

Fahamilah maksud penggunaan kata dan frasa seperti kecuali, antara berikut, pernyataan yang benar, pernyataan yang tidak benar, perkara utama, mesej, pengajaran, tema, nilai murni, dan sebagainya. Jika kata atau frasa ini tidak difahami secara jelas, maka pelajar akan membuat kesilapan semasa mencari jawapan.

Secara umumnya, soalan-soalan ini berdasarkan tiga bentuk, iaitu:
  1. Soalan pemahaman berdasarkan petikan;
  2. Soalan pemahaman KOMSAS berdasarkan petikan;
  3. Soalan pemahaman KOMSAS berdasarkan keseluruhan prosa atau puisi.

Soalan (a)

Pelajar dikehendaki mencari jawapan berdasarkan isi petikan sahaja. Cuba kenal pasti jawapannya dalam setiap perenggan atau setiap rangkap.

Soalan (b)

Pelajar dikehendaki mengenal pasti aspek-aspek sastera tetapi berdasarkan petikan sahaja.

Soalan (c)

Pelajar dikehendaki mengenal pasti aspek-aspek sastera berdasarkan keseluruhan prosa atau puisi yang dikemukakan oleh soalan.

Oleh yang demikian, untuk menjawab soalan pemahaman dengan baik, pelajar wajarlah menguasai pelbagai aspek sastera yang diajar oleh guru.


Kertas 1 Soalan 28 - 30

Soalan 28 – 30

Soalan tentang peribahasa.
  • Soalan ini menguji pemahaman pelajar tentang peribahasa.
  • Peribahasa terlalu banyak dan sukar dihafal, tetapi pelajar harus cuba memberi penekanan terhadap peribahasa-peribahasa yang terkandung di dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1, 2, dan 3.
  • Senaraikan peribahasa yang terdapat di dalam buku teks.
  • Cari maksud dan makna peribahasa tersebut. Cuba gunakan peribahasa di dalam ayat atau dalam karangan pelajar.
  • Latihan yang konsisten, pasti menambah pengalaman dan penguasaan pelajar untuk menjawab soalan ini.


    Kertas 1 Soalan 25 - 27

    Soalan 25 -27        

    Soalan ini ingin menguji pelajar supaya memilih gabungan ayat yang betul tatabahasanya sahaja. Jumlah ayat yang diberi adalah sebanyak empat.

    Di samping mencari ayat yang betul dari segi tatabahasanya, para pelajar juga boleh menggunakan teknik mengenal pasti ayat yang nyata kesalahannya.

    Jika ayat itu ternyata salah, maka, jawapan yang mengandungi ayat itu dipotongkan. Dengan cara ini, hanya tinggal beberapa ayat sahaja yang perlu dianalisis.

    Contoh
    1. Rumah silam itu kelihatan sungguh menyeramkan.
    2. Hampir setiap malam ibu bertemankan air mata.
    3. Setiausaha Encik Ali bukan sombong, hanya bersikap tegas. (x) (sombong = kata adjektif; sepatutnya = tidak)
    4. Puan Tan terpaksa melahirkan kedua-dua orang anaknya itu melalui pembedahan kerana dia menghidap penyakit darah tinggi.
    A    I dan 2 sahaja
    B    2 dan 3 sahaja (x)
    C    2 dan 4 sahaja
    D    3 dan 4 sahaja (x)

    (Jawapan yang tepat ialah C kerana ayat perkataan silam pada rumah tidak boleh digunakan dan jawapan yang sebenarnya ialah usang.)

    Namun, seperti biasa, penguasaan tatabahasa amatlah mustahak. Latihan yang konsisten, pasti menambah pengalaman dan penguasaan pelajar untuk menjawab soalan ini.


    Kertas 1 Soalan 22 - 24

    Soalan 22 - 24
    Soalan untuk menentukan maksud ayat. Soalan jenis ini memang popular sejak dahulu lagi. Pelajar diuji untuk mengenal pasti ayat yang mempunyai maksud yang sama tetapi berbeza dari segi strukturnya.
    • Pelajar mesti membaca ayat utama dengan teliti dan cuba memahaminya.
    • Isi utama yang terkandung dalam ayat itu hendaklah dikenal pasti dan ditandakan. Biasanya tiga .
    • Contoh:
    Lawatan ke pusat kraf tangan itu bertujuan untuk mendedahkan penduduk kampung supaya mereka dapat memanfaatkan hasil bumi tempatan.
    • Kemudian, kenal pasti jawapan atau ayat yang lain, yang mengandungi ketiga-tiga isi tersebut.
    • Contoh
    Setelah melawat pusat kraf tangan itu, penduduk kampung mendapat pendedahan tetang bagaimana hendak memanafaatkan hasil bumi tempatan.

    Soalan ini kadangkala sangat mengelirukan. Oleh itu, pelajar harus teliti dan sentiasa memeriksa semula jawapan anda. Dengan l atihan yang konsisten, pelajar pasti dapat menambah pengalaman dan penguasaan untuk menjawab soalan ini.

    Kertas 1 Soalan 18 - 21

    Soalan 18 – 21
    Soalan dalam kumpulan ini ingin menguji pengetahuan sintaksis para pelajar. Para pelajar diminta mengenal pasti sama ada bahagian ayat yang digaris itu betul atau salah. Jika didapati salah, pilih jawapan yang tepat bagi menggantikan bahagian yang bergaris itu.
    1.
    Baca bahagian yang bergaris itu dengan teliti. Cuba kenal pasti aspek-aspek tatabahasa yang terdapat dalam ayat yang digaris itu. Misalnya, sama ada, dari aspek imbuhan, kata ganda, struktur ayat, atau pemajmukan.
    2.
    Melihat jawapan juga, adalah salah satu cara untuk mendapat jawapan yang betul. Mana-mana jawapan yang memang dikenal pasti salah, hendaklah dipotong.
    3.
    Dengan cara ini, jumlah jawapan yang hendak dipilih semakin berkurang, maka memudahkan anda untuk membuat pemilihan. Namun, seperti biasa, penguasaan tatabahasa amatlah mustahak. Latihan yang konsisten, pasti menambah pengalaman dan penguasaan pelajar untuk menjawab soalan ini.

    Kertas 1 soalan 15 - 17

    Soalan 15 – 17
    Mengenal pasti maksud kata dan penggunaan kata yang betul dalam sesebuah ayat.
    • Jumlah soalan hanya 3 sahaja. Namun, soalan ini agak mengelirukan jika penguasaan kosa kata pelajar lemah.
    • Antara teknik yang boleh diguna pakai adalah dengan mengenal pasti terlebih dahulu penggunaan kata yang salah. Kemudian, potong jawapan yang mengandungi nombor jawapan itu.
    • Baki jawapan yang ada haruslah dianalisis untuk mengenal pasti kesalahannya.
    • Walau bagaimanapun, latihan dan persediaan awal amat perlu untuk memudahkan para pelajar menjawab soalan-soalan jenis ini.

    Kertas 1 Soalan 8 - 14

    Soalan 8 – 14
    1.
    Merupakan soalan mengesan kesalahan umum tatabahasa sama ada dari segi:
    a.
    Kesalahan dari segi penggunaan kata;
    b.
    Kesalahan dari segi penggunaan frasa;
    c.
    Kesalahan dari segi struktur ayat;
    d.
    Kesalahan dari segi penggandaan;
    e.
    Kesalahan dari segi pemajmukan; dan
    f.
    Kesalahan dari segi pengimbuhan.
    2.
    Untuk menjawab soalan jenis ini, sekali lagi, penguasaan tatabahasa adalah sangat penting.
    Latihan menjawab soalan-soalan tahun lepas akan dapat membantu pelajar membiasakan diri dengan bentuk-bentuk kesalahan yang sering disoal dalam kertas soalan.

    Contoh:

    tepak-tapak, rasmi-resmi, tembok-tembuk, di dalam/dalam, demi untuk/untuk, pada/kepada, dari/daripada
    Jadikan kamus dan buku rujukan tatabahasa sebagai bahan untuk mengukuhkan penguasaan tatabahasa anda.
    Jadikan sikap suka menganalisis ayat sebagai satu amalan terutamanya semasa membaca akhbar atau majalah.

    KERTAS 1 Soalan 1 – 7

    Soalan 1 – 7
    Merupakan soalan – Penggunaan pelbagai jenis kata, imbuhan dan kata ganda dalam ayat.
    1.
    Soalan jenis ini, sebenarnya merupakan bentuk soalan yang memang dikemukakan dalam Kertas 1 Bahasa Melayu PMR, pada setiap tahun.
    2.
    Justeru, para pelajar boleh merujuk kertas soalan pada tahun-tahun yang lepas untuk membiasakan diri pelajar dengan bentuk soalan tersebut.
    3.
    Para pelajar perlu mempunyai pengetahuan tatabahasa dan penguasaan kosa kata yang mantap. Bagi tujuan ini adalah mustahil untuk pelajar menghafal kesemua kosa kata yang terdapat dalam kamus.
    4.
    Kaedah yang lebih efektif adalah dengan banyak membuat latihan dan merujuk kamus. Logiknya, semakin banyak anda membuat latihan, maka semakin banyak kosa kata yang anda kuasai.

    Thursday, September 29, 2011

    Analisis soalan PMR Kertas 1 tahun 2005 - 2009

    TOPIK
    TAHUN
    Aspek Bahasa
    2005
    2006
    2007
    2008
    2009
    Kata adjektif
    1
    1
    1
    1
    Kata majmuk
    1
    1
    1
    1
    Kata ganda
    1
    2
    1
    1
    1
    Kata sendi
    1
    1
    1
    1
    Kata bantu
    1
    Kata hampir sama makna
    3
    2
    5
    Imbuhan
    3
    2
    2
    Kesalahan kata
    7
    7
    7
    7
    7
    Kata banyak makna
    3
    3
    2
    3
    3
    Kesalahan frasa
    4
    4
    4
    4
    4
    Maksud ayat
    3
    3
    3
    3
    3
    Ayat-ayat yang betul
    3
    3
    3
    3
    3
    Peribahasa
    3
    3
    3
    3
    3
    KOMSAS (Soalan 31- soalan 40)
    Genre
    2005
    2006
    2007
    2008
    2009
    2010
    Puisi tradisional
    Syair menyambut pelajaran
    Pantun Dua Kerat
    Sajak
    Pesan tangan Kepada Jari
    Sajak Bila Berjauhan
    Seorang Guru Tua
    Prosa Tradisional
    Raja Bersiung
    Cerpen
    Anak Bumi tercinta
    Tangan Kanan, Tangan Kiri atau kedua-duanya
    Drama
    Buyung
    Jalan Sempit
    Adik Berjasa

    Wednesday, July 13, 2011

    Soalan Pertengahan Tahun 2011 Bahasa Melayu Kertas 1. Soalan 36-40

    Soalan 36- 40
    Baca syair di bawah ini dengan teliti kemudan jawab soalan-soalan yang berikutnya.
    SYAIR MUNGKIR JANJI
    Tuan berjanji berpegang tangan,
    Mengaku bersama menyingsing lengan,
    Tidak peduli tegah dan jangan,
    Umpama sungai tiada berhalangan.
    Tetapi akhimya apalah sudah,
    Beberapa lama tangan menadah,
    Rupanya tuan meluahkan ludah,
    Umpama biawak bercabang lidah.
    Tidakkah ingat tuan berkata,
    Mahu bersama hina dan leta,
    Daripada hidup berputih mata,
    Biarlah tulang tercampak ke kota.
    Tidak kusangka tuan tak ingat,
    Umpama lebah membuang sengat,
    Bila terasa api yang hangat,
    Lekas benar tuan merengat
    Kalau begitu aku berpesan,
    Riwayat kita hapuskan kesan,
    Supaya tidak berhati bosan,
    Hilang segala resah dan resan.

    Antologi Seuntai Kata untuk Dirasa, Dewan Bahasa dan Pustaka
    36.
    Frasa Riwayat kita hapuskan kesan membawa maksud
    A.
    berharap tidak berhubungan lagi.
    B.
    memutuskan perhubungan yang terjalin.
    C.
    kisah hidup tidak memberikan sebarang tanda.
    D.
    orang yang mungkir janji hendaklah dihukum bunuh.
    Jawapannya : B
    37.
    Apakah pengorbanan penyair terhadap rakannya?
    A.
    Sanggup menghadapi cabaran demi ikatan janji.
    B.
    Rela berputih mata untuk kesenangan rakan yang rapat
    C.
    Meninggalkan kampung halaman untuk mengubah nasib.
    D.
    Tergamak memutuskan persahabatan untuk mengelakkan sakit
    Jawapannya : C
    38.
    Ciri-ciri berikut yang manakah gaya bahasa simile?
    A.
    lekas benar tuan merengat
    B.
    mahu bersama hina dan leta
    C.
    rupanya tuan meluahkan ludah
    D.
    umpama sungai tiada berhalangan
    Jawapannya : D
    39.
    Berikut merupakan tema syair ini
    A.
    kebimbangan penyair terhadap sikap sahabatnya.
    B.
    kegagalan memperteguh ikatan persahabatan
    C.
    kekecewaan penyair kerana sering tertipu
    D.
    kekecewaan penyair terhadap sahabatnya.
    Jawapannya : D
    40.
    Bagaimanakah perwatakan orang yang mengungkapkan rangkap terakhir "Syair Mungkir Janji"?
    A.
    Pendendam
    B.
    Pemurah
    C.
    Panas baran
    D.
    Pemaaf
    Jawapannya : D

    Saturday, July 9, 2011

    Soalan Pertengahan Tahun 2011 Bahasa Melayu Kertas 1. Soalan 31-35

    Soalan 31 hingga Soalan 35
    Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudan jawab soalan-soalan yang berikutnya.


    Dahlan memungut satu demi satu buku karangan. Dia perlu segera memungut buku-buku tersebut sebelum loceng pertama dibunyikan. Dia perlu segera meletakkan buku-buku itu di atas meja Cikgu Bustam. Dia menghitung satu demi satu.
    "Satu lagi,siapa?"Tanya ketua darjah sambil memandang ke arah kawan-kawannya. Tiada sesiapa yang menjawab. Dia menghitung buat kali kedua untuk memastikan jumlahnya betul. "Ini ada 37 buah sahaja."
    "Cepatlah,nanti cikgu marah," sampuk Sudin yang sudah bersedia untuk turun ke padang bagi memulakan Pendidikan Jasmani.
    Suara murid-murid Tahun Enam Kenanga yang mengatakan bahawa mereka sudah menghantar buku karangan menjadi hingar-bingar seketika. Kelas itu menjadi bising.
              "Semua orang turun ke padang! Saya nak hantar buku dahulu.,"kata Dahlan setelah permintaannya tidak dilayan. Dia tidak kuasa lagi menunggu. Dia yakin Cikgu Zainab, guru Pendidikan Jasmani sudah menunggu di padang.
    Dada Angamah berdebar-debar apabila dia terpandang Cikgu Bustam yang sedang memandang tepat ke arahnya. Dia jadi tidak menentu dan serba salah.
    "Barangkali cikgu marah,"katanya kepada diri sendiri.
    Dia tidak tahu apa yang harus di jawab kalau Cikgu Bustam memanggilnya nanti. Dia malu kepada rakan-rakan sekelasnya. Mengapa dia seorang sahaja yang tidak menghantar karangan ? Bermacam-macam persoalan bermain di kepalanya.
    "Cepatlah masa!" Dia berdoa agar Cikgu Bustam segera keluar kalau loceng rehat dibunyikan.
    "Angamah! Boleh jumpa saya di bilik tamu nanti?" kata Cikgu Bustam sebelum melepaskan murid-murid yang lain keluar rehat.
    (Dipetik daripada cerpen Sayang Ayah, Antologi Anak Bumi Tercinta, Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka)
    31.
    Yang berikut merupakan sebab Dahlan ingin segera memungut buku-buku karangan  kecuali...
    A
    buku-buku itu hendak diletakkan di atas meja Cikgu Bustam.
    B
    loceng pertama akan dibunyikan.
    C
    mereka perlu turun ke padang.
    D
    Cikgu Bustam ingin berjumpa dengannya di bilik tamu.
    Jawapannya : D
    32.
    Mengapakah Angamah berasa serba salah?
    A
    Dia takut Cikgu Bustam memanggilnya.
    B
    Cikgu Bustam memandang tepat ke arahnya.
    C
    Dia malu kepada rakan-rakannya kerana tidak menghantar buku karangan
    D
    Dia tidak tahu akan jawapan yang harus diberikan jika Cikgu Bustam memanggilnya.
    Jawapannya : B
    33.
    "Barangkali cikgu marah," katanya kepada diri sendiri

    Teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang dalam petikan di atas ialah
    A
    dialog
    B
    saspens
    C
    monolog
    D
    pemerian
    Jawapannya : C
    34.
    Apakah perwatakan Cikgu Bustam berdasarkan petikan?
    A
    Garang
    B
    Tegas
    C
    Amanah
    D
    Bertanggungjawab
    Jawapannya:  D
    35.
    Contoh teknik imbas kembali dalam cerpen Sayang Ayah ialah
    A
    Cikgu Angamah memujuk Angamah supaya menceritakan  masalahnya.
    B
    Angamah tidak menghantar buku karangannya.
    C
    Ayah Angamah meninggal dunia kerana ditimpa kemalangan.
    D
    Angamah teringat akan peristiwa dia dipukul oleh ayahnya.
    Jawapannya: D

    Sunday, July 3, 2011

    Soalan Pertengahan Tahun 2011 Bahasa Melayu Kertas 1. Soalan 22 - 30

    Soalan 22-24
    Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang
    dicetak tebal
    22.
    Negara kita mencapai kemerdekaan atas semangat dan daya usaha
    rakyat yang
    inginkan kebebasan daripada pemerintahan kolonial
    .
    A
    Penjajah telah memberikan kemerdekaan kepada rakyat negara ini yang
    mempunyai semangat dan daya usaha.
    B
    Kemerdekaan Berjaya dicapai kerana adanya semangat dan daya juang
    rakyat yang ingin bebas daripada penjajah .
    C
    Rakyat perlu mempunyai semangat dan gigih berusaha untuk mencapai kemerdekaan daripada pemerintahan kolonial.
    D
    Semangat dan kesungguhan merupakan faktor penting untuk mencapai kemerdekaan daripada pemerintahan kolonial.
    Jawapannya : B
    23.
    " Kamu tidak sepatutnya berada di sini, sekarang waktu
    persekolahan," kata anggota polis itu kepada kumpulan pelajar
    yang melepak di taman.
    A
    Anggota polis itu mengarahkan kumpulan pelajar yang melepak di taman itu pergi ke sekolah.
    B
    Anggta polis yang berada di taman itu meminta pelajar pergi ke sekolah kerana waktu persekolahan telah tiba.
    C
    Kumpulan pelajar yang melepak di taman itu sepatutnya pergi ke sekolah setelah diajak oleh anggota polis.
    D
    Anggota polis itu mengingatkan kumpulan pelajar yang melepak di taman bahawa mereka sepatutnya berada di sekolah pada waktu itu.
    Jawapannya : D
    24.
    Rakyat negara ini perlu memajukan bidang pertanian dalam usaha mengurangkan pergantungan bahan makanan dari luar negara.
    A
    Usaha memajukan bidang pertanian wajar diberikan perhatian oleh rakyat negara ini bagi mengurangkan pergantungan bahan makanan dari luar negara.
    B
    Rakyat negara ini diseru agar meningkatkan usaha mengurangkan pergantungan bahan makanan dari luar negara.
    C
    Rakyat negara ini tidak harus bergantung pada bahan makanan yang diimport jika ingin memajukan bidang pertanian .
    D
    Pergantungan terhadap bahan makanan dari luar negara perlu dikurangkan oleh rakyat negara ini dalam usaha untuk memajukan bidang pertanian .
    Jawapannya : A
    Soalan
    25- 27
    Pilih ayat-ayat yang betul.
    25
    I
    Pertanyaan saya tentang masalah itu masih belum berjawab lagi.
    II
    Ibu bapa hendaklah sentiasa mengambil berat terhadap pelajaran anak.
    III
    Yang berbaju kurung itu ialah adik saya yang bongsu.
    IV
    Program Rukun Tetangga dapat mempererat hubungan antara kaum di Malaysia
    A
    I dan II sahaja
    B
    I dan lVsahaja
    C
    I, III dan IV sahaja
    D
    II, III dan IV sahaja


    Jawapannya : C

    26
    I
    Kerani itu sibuk mengemas kini maklumat pekerja untuk diserahkan kepada pengurusnya.
    II
    "Mana baju yang kamu berkenan, ambillah," kata ayah kepadaku. 
    III
    Kes buli pelajar tingkatan satu akan dibincangkan dalam mesyuarat guru pada hari ini.
    IV
    Gerakan besar-besaran dilancarkan oleh polis bagi menangkap penjenayah di negara ini.
    A
    I dan III sahaja
    B
    II dan III sahaja
    C
    I, II dan IV sahaja
    D
    I, III dan IV sahaja


    Jawapannya : A

    27
    I
    Saya sempat mengemas bilik tidur sebelum berangkat ke sekolah
    II
    Setiap orang warganegara hendaklah memberikan sumbangan kepada nusa dan bangsa 
    III
    Abang dihadiahi seutas jam tangan oleh ayah sempena ulang tahunnya yang ke-15
    IV
    Sorak-sorai penonton di stadium itu kedengaran hingga ke rumah saya.
    A
    I dan II sahaja
    B
    I dan III sahaja
    C
    II dan IV sahaja
    D
    III dan IV sahaja


    Jawapannya : D
    Soalan
    28- 30
    Pilih peribabasa atan maksud peribabasa yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berikut.
    28
    Harapannya untuk memperisteri Manisah hampa apabila dihalang oleh kedua-dua orang ibu bapanya. Peribahasa yang sesuai dengan situasi tersebut dapat digambarkan seperti:
    A
    Pungguk rindukan bulan  
    B
    Abu di atas tunggul
    C
    Kacang lupakan kulit
    D
    Kaca terhempas ke batu


    Jawapannya : D

    29
    Walaupun berpendapatan kecil, dia tetap berbelanja mewah setiap hari.
    A
    Besar pasak dari tiang
    III
    Besar periuk besar keraknya.
    IV
    Ukur baju di badan sendiri
    D
    Belum duduk sudah berlunjur


    Jawapannya : A

    30
    Setinggi-tinggi terbang bangau hinggap di atas belakang kerbau juga
    Peribahasa di atas bermaksud
    A
    Seseorang yang kehilangan tempat bergantung
    B
    Orang yang suka melakukan pekerjaan yang sia-sia.
    C
    Perselisihan faham yang sering berlaku antara adik-beradik.
    D
    Walaupun ke mana pergi, akhimya kembali ke tempat asal.


    Jawapannya : D
    Subscribe to: Posts (Atom)

    Sponsor

    Baru-baru ini tempat tinggal anda telah dilanda banjir kilat. Tulis pengalaman anda semasa membantu mangsa-mangsa banjir kilat tersebut.

    Sekolah anda telah menjayakan Program Minggu Bahasa Melayu anjuran Panitia dan Persatuan Bahasa Melayu. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan. Tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk menceritakan Program Minggu Bahasa Melayu tersebut.

    Sekolah anda telah menjayakan Program Minggu Bahasa Melayu anjuran Panitia dan Persatuan Bahasa Melayu. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan. Tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk menceritakan Program Minggu Bahasa Melayu tersebut.

    Balas surat sahabat pena yang ingin berkunjung ke negara anda untuk melawat suatu tempat pelancongan yang menarik.

    Peribahasa “bagai aur dengan tebing” bermaksud perkaitan orang yang suka bertolong-tolongan dan saling melengkapi.

    Peribahasa Melayu 'seperti kacang lupakan kulit' memberi nasihat supaya jangan melupakan budi insan yang pernah berjasa. Tulis karangan berdasarkan peribahasa tersebut.

    Media massa sering memaparkan berita tentang kegiatan vandalisme yang berlaku di negara ini. Cadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini.

    Ibu bapa memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecemerlangan akademik anak-anak. Beri pendapat anda.

    Mempelajari seni pertahanan diri banyak membawa kebaikan. Jelaskan faedah-faedah mempelajari seni pertahanan diri.

    Peribahasa:Seperti Katak di bawah Tempurung

    Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa ‘Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian’.

    Popular Posts

    Penduduk Malaysia terdiri dari berbagai kaum Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang unit lantaran rakyatnya ter...
    CONTOH KARANGAN Peranan Ibu Bapa dalam Mengurangkan Gejala Sosial Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial ya...
      Karangan 1.       Acap kali negara kita menganjurkan sukan berprestij di dunia seperti Formula One, LeTour De Langkawi, Sukan Komen...
    CONTOH PENDAHULUAN DAN PENUTUP KARANGAN YANG MENARIK. (Untuk penutup gunakan : Sebagai menggulung segala yang dibincangkan, Akhir kala...
    Copyright ©
    | Powered by
    Design by
    | Blogger Theme by
    -
    | Distributed By
    Share by: