SPM KERTAS 1

facebook
tweeter
google
linked in
you tube
rss
Showing posts with label Kertas 2 BM SPM . Show all posts
Showing posts with label Kertas 2 BM SPM . Show all posts

Wednesday, December 11, 2013

Teknik Menjawab SPM Soalan 1 Kertas 2

Teknik Menjawab SPM


A: STRATEGI MENGHASILKAN ISI TERSURAT

STRATEGI 1

Baca dan fahamkan petikan rumusan yang diberi sekurang-kurangnya 2 kali,
  • Bacaan kali pertama untuk dapatkan gambaran keseluruhan petikan. (masa dicadangkan 2 minit) 
  • Bacaan kali kedua untuk dapatkan pemahaman (masa dicadangkan 5 minit)
STRATEGI 2 :

Tentukan kata tugas dalam soalan (Fokus 1 dan Fokus 2) dan gariskan perkataan-perkataan tersebut.
  • Fokus 1 = Isi tersurat 
  • Fokus 2 = Isi tersirat
Sebagai contoh dalam petikan contoh 1 Fokus 1 iaitu faedah-faedah hidup berjiran merupakan fokus untuk isi tersurat manakala Fokus 2 iaitu cara-cara memupuk semangat kejiranan pula merupakan fokus untuk isi tersirat.

CONTOH 1

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah hidup berjiran [ISI TERSURAT] dan cara-cara memupuk semangat kejiranan. [ISI TERSIRAT] Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

STRATEGI 3

Baca perenggan 1 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.

Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemamtapan dan keutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Semangat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam ( menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni ).[ISI 1]

Baca perenggan 2 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.

Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segala perkara yang berlaku pada diri kita terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang yang paling ( mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana ) [ISI 2]. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara. (Jiran yang berbeza latar belakang) pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan ( memberikan manfaat yang besar kepada kita )[ISI 3]. Hal ini kerana ( mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama ).[ISI 3] Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu padu ( mampu menjamin keselamatan setempat ) [ISI 4] daripada sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya samseng.

Baca perenggan 3 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.

( Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah )[ISI 5] dengan semangat kerjasama dan keperihatinan seama jiran. ( Gejala sosial seperti khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah dapat dibendung )[ISI 6] jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya ( dapat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat ).[ISI 7] Rahsia kejayaan program ini terletak pada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran.

Baca perenggan 4 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.

Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. ( Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran ).[ISI 8] Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya ( memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka ).[ISI 9] Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan.

Baca perenggan 5 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.

Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam ( menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara )[ISI 10] Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

STRATEGI 4

Senaraikan FOKUS 1 (isi-isi tersurat) yang terdapat dalam petikan tersebut dan kira jumlah perkataannya.

Isi Tersurat : faedah-faedah hidup berjiran
  • Dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni [ 8 ] 
  • Mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana. [ 8 ] 
  • Jiran yang berbeza latar belakang memberikan manfaat yang besar kepada kita. [ 11 ]
    Atau
    Dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka [ 8] 
  • Mampu menjamin keselamatan setempat. [ 4 ] 
  • Dapat mencegah perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. [ 9 ] 
  • Gejala sosial dapat dibendung. [4 ] 
  • Dapat menjana program yang menyumbang kabijakan kepada masyarakat setempat. [ 9 ] 
  • Melahirkan perpaduan sesama jiran. [ 4 ] 
  • Memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka. [ 11 ] 
  • Menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. [ 6]
  • STRATEGI 5

    Tulis isi-isi tersurat tersebut menjadi sebuah perenggan yang lengkap.

    PERINGATAN:
  • Maksimum isi untuk fokus 1 ialah 6 isi. Oleh itu anda tidak perlu memasukkan kesemua isi kerana jumlah perkataan yang agak terhad. Adalah dicadangkan jumlah perkataan untuk fokus 1 ialah 60 – 65 patah perkataan 
  • Anda perlu menulis kata tugas untuk Fokus 1 dalam ayat pertama perenggan isi tersurat.
  • CONTOH:

    Antara faedah hidup berjiran ialah dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni. Selain mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana, kita dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka. Hidup berjiran mampu menjamin keselamatan setempat,Di samping itu dapat membendung gejala sosial serta melahirkan perpaduan sesama jiran. [ 48 patah perkataan ]

    B : STRATEGI MENGHASILKAN ISI TERSIRAT
  • Isi tersirat dibina berdasarkan Fokus 2 soalan. Isi ini tidak terdapat dalam petikan yang diberikan.Contoh dalam Petikan 1 Fokus 2 ialah: cara-cara memupuk semangat kejiranan. 
  • Isi tersirat dibina melalui tafsiran dan analisis yang mendalam berdasarkan isi tersurat dan fokus 2 dalam arahan soalan. 
  • Binalah perenggan isi tersirat dengan memasukkan sekurang-kurangnya 2 isi tersirat. 
  • Kata tugas untuk Fokus 2 perlu dimasukkan dalam ayat pertama perenggan isi tersirat.
  • STRATEGI 1 :

    Kenal pasti dan senaraikan isi tersirat berdasarkan fokus 2 iaitu cara-cara memupuk semangat kejiranan.

    CONTOH : 1.
  • Mengadakan majlis gotong royong / aktiviti kemasyarakatan / bersedia memberi pertolongan / tolong menolong [ konsep: bekerjasama ] 
  • Mengadakan rumah terbuka / majlis keraian / ziarah menziarahi / perihatin atau ambil berat hal ehwal jiran / bertanya kabar / pelihara hubungan kejiranan / bertegur sapa / saling mengenali [konsep : Interaksi tidak formal] 
  • Membuat rondaan bersama pada waktu malam / rukun tetangga. 
  • Mengadakan tabung kebajikan / kursus/ kempen kejiranan / tabung khairat . 
  • Mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat / tubuhkan sektor rukun tetangga / persatuan belia / JKKK [ Konsep : Interaksi formal ] 
  • Mengadakan hari keluarga / sukaneka / riadah / pertandingan 
  • Mengikis sikap negatif dalam diri individu / jangan mementingkan diri / tidak sombong / berbaik sangka dengan jiran .
  • STRATEGI 2 :

    Membina perenggan isi tersirat.

    CONTOH PERENGGAN ISI TERSIRAT

    Antara cara memupuk semangat kejiranan ialah dengan mengadakan majlis gotong-royong dan mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat. Selain itu, budaya ziarah-menziarahi juga mampu memupuk semangat kejiranan. [ 23 patah perkataan ]

    C : STRATEGI MENGHASILKAN PENDAHULUAN RUMUSAN.

    STRATEGI :
  • Fahami maksud keseluruhan petikan yang diberikan. 
  • Kenal pasti fokus 1 petikan tersebut kerana berdasarkan fokus 1 itulah penfhuluan rumusan karangan dapat kita hasilkan. 
  • Anda perlu melakukan pengubahsuaian supaya ayat yang anda bina itu menjadi ayat anda sendiri. 
  • Tulis pendahuluan rumusan dalam satu ayat sahaja. 
  • Mulakan ayat pendahuluan dengan; Petikan membincangkan / membicarakan …….
  • CONTOH PENDAHULUAN:

    Fokus 1 : Faedah-faedah hidup berjiran Pendahulaun:

    Petikan membincangkan kebaikan / kepentingan / kelebihan / manfaat / hidup berjiran dalam masyarakat

    D : STRATEGI MENGHASILKAN KESIMPULAN RUMUSAN.
  • Kaji semula fokus soalan sama ada Fokus 1 dan Fokus 2. 
  • Kesimpulan rumusan hendaklah berdasarkan fokus soalan tersebut. 
  • Kesimpulan merupakan cadangan / harapan anda terhadap fokus tersebut berserta kesan atau akibat cadangan / harapan tersebut. 
  • Anda juga perlu menghubungkan antara cadangan / harapan dengan kesan atau akibat cadangan dengan menggunakan kata hubung, ‘agar, supaya, demi’. 
  • Gunakan penanda wacana atau rangkai kata, frasa yang menunjukkan bahawa ayat tersebut merupakan ayat kesimpulan.
  • CONTOH KESIMPULAN:

    Kesimpulannya, semua pihak perlu menghargai jiran agar kehidupan yang sejahtera dapat diwujudkan

    Atau

    Kesimpulannya, semua pihak perlu mengamalkan hidup berjiran agar sebuah komuniti yang sejahtera dapat diwujudkan.

    Saturday, November 2, 2013

    Contoh Rangka Rumusan SPM

    Karangan Bahasa Melayu SPM

              Petikan membincangkan .....................................................................................................................
    .............................................................................................................................................................................................

              Antara.................................................................................................. ……………………………………………………………….. Selain itu ……………………………………………. ……………………………………………………………………..Seterusnya,……………………………………………. ……………………..Di samping itu, ……………………………………………………………………………………….. ………………………………………………………………………………………… juga ………………………………….. ……………………………………………………………………………..Akhir sekali, ………………………………….... ……………………………………………………………………

              Faedah-faedah / Antara cara …………………………………….. ialah ……………………………………. Selain itu …………………………………………………………………………………………………

              Kesimpulannya,……..cadangan terhadap isu yang dikemukakan ……………. supaya……………… Harapan terhadap pihak yang terlibat ………………………………………………

    Contoh


    CONTOH PETIKAN RUMUSAN YANG LENGKAP

              Petikan
    membincangkan kebaikan hidup berjiran dalam sesebuah masyarakat.


              Antara
    faedah hidup berjiran ialah dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni
    . Selain
    mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana, kita dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka
    . Seterusnya
    hidup berjiran mampu menjamin keselamatan setempat, serta dapat membendung gejala sosial dan melahirkan perpaduan sesama jiran.
      Akhir sekal i
    hidup berjiran juga dapat mencegah perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.


              Antara cara
    memupuk semangat kejiranan ialah dengan mengadakan majlis gotong-royong dan mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat
    . Selain itu ,
    budaya ziarah-menziarahi juga mampu memupuk semangat kejiranan
    .

              Kesimpulannya,
    semua pihak perlu menghargai jiran agar kehidupan yang sejahtera dapat diwujudkan.
    Subscribe to: Posts (Atom)

    Categories

    Alam Sekitar Anak Din Biola Analisis Keputusan SPM 2012 analisis novel Analisis pemahaman KOMSAS Analisis Soalan Novel Analisis Soalan Penulisan Analisis soalan PMR Analisis Soalan PMR K2 Analisis soalan-soalan PMR Kertas 1 bahagian A (ii) Bahagian A(ii): Pemahaman Bahagian B BAHAGIAN B (Karangan Bahan Rangsangan) Bahagian C Karangan Umum Bahagian D KOMSAS Bahasa Melayu Bahasa Melayu PMR Cerpen Tingkatan 5 Contoh jawapan Contoh Jawapan Bahagian D Contoh jawapan Bhg B Contoh jawapan Bhg C Contoh jawapan Kertas 2 Contoh jawapan pemahaman Contoh Jawapan Ringkasan Contoh karangan Contoh Karangan PMR 2012 Contoh karangan respon terbuka Contoh Soalan Kertas 1 Contoh teks ucapan contoh teks ucapan hari inovasi sekolah Definisi Wacana Doa kejayaan dalam peperiksaan Drama Tingkatan 5 huraian pantun budi Identiti Nasional Interlok karangan karangan autobiografi Karangan Bahagian A Karangan Bahagian B Karangan berbentuk peribahasa Karangan berbentuk syarahan karangan berdasarkan fakta Karangan bergambar Karangan jenis biografi Karangan jenis catatan diari Karangan Jenis Ucapan Karangan PMR Karangan Rangsangan Karangan SPM Karangan Tidak Berformat Kepentingan Perpaduan Kaum Kepentingan Sukan Kertas 1 Kertas 2 Kertas 2 BM SPM Kesalahan tatabahasa kesedaran sivik Kesilapan tatabahasa komsas Komsas Tingkatan 5 Kosa Kata Masalah ponteng Menguruskan Alam Sekitar Novel Novel Tingkatan 5 Panduan membuat karangan Panduan menjawab Kertas 2 Panduan Menulis Ringkasan pantun pantun budi Patung Kencana Dari Kuripan Pemahaman Penanda Wacana penanda wacana ayat 2 Penanda wacana memulakan karangan Pencemaran Air Penjagaan alam sekitar Penjodoh Bilangan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pentaksiran Tingkatan 3 Peranan ibu bapa Peranan Ibu Bapa Membendung Gejala Sosial Peranan Ibu bapa Membentuk Akhlak percubaan 2011 Percubaan K 2 Percubaan PMR BM 2009 Percubaan PMR BM 2011 Peribahasa Perkasakan Bahasa Melayu PMR Prosa tradisional Puisi moden Punca stress dan cara mengatasi stress. Stress Raja Bersiung Rencana Ringkasan Rumusan Soalan 1 soalan 1 - 7 Soalan 1 Kertas 2 Soalan 15 - 17 Soalan 18 - 21 Soalan 22 - 24 Soalan 25 - 27 Soalan 28 - 30 Soalan 3 Soalan 31 - 40 Soalan 8 - 14 Soalan Bahagian C no. 2. Kertas 2 Soalan Perbahasa Kertas 1 Soalan percubaan 2010 Soalan Percubaan BM SPM 2012 Soalan Percubaan PMR Soalan Percubaan PMR 2010 Soalan Percubaan PMR 2012 Soalan Percubaan PMR BI 2011 Soalan Percubaan PMR BM 2012 Soalan percubaan UPSR 2012 Soalan Peribahasa Kertas 2 Soalan Pertengahan tahun 2011 Soalan PMR Soalan PMR 2009 SPM SPM 2012 SPM Kertas 1 Bahagian A Sukan Surat kiriman Surat kiriman tidak rasmi Surat rasmi Surat Tidak Rasmi Taburan kesukaran soalan PMR tatabahasa tatabahasa secara umum Teknik menjawab soalan kertas 2 Teknik Penulisan Karangan Teks Ucapan teks ucapan pengetua tip cemerlang belajar Tip mudah ingat Tips Karangan SPM Tips lulus cemerlang Tragedi 4 dis wacana

    Blog Archive

    Blog Pilihan

    Hakmilik retibahasa.blogspot.com. Powered by Blogger .
    Subscribe Via Email

    Subscribe to our newsletter to get the latest updates to your inbox. ;-)

    Your email address is safe with us!

    Sponsor

    SAHABAT BLOGGER

    Tweet Bahasa Itu Indah

    Google+ Followers

    Jalinkan Silaturahim

    Recommend us on Google!
    Pin It On Pinterest
    Follow Me on Pinterest

    Jom Sembang

    KOLEKSI SOALAN BAHASA MELAYU

    KARANGAN BAHASA MELAYU PMR

    PMR Kertas 1

    Karangan SPM

    BAHASA MELAYU SPM KERTAS 2

    Unordered List

    Baru-baru ini tempat tinggal anda telah dilanda banjir kilat. Tulis pengalaman anda semasa membantu mangsa-mangsa banjir kilat tersebut.

    Sekolah anda telah menjayakan Program Minggu Bahasa Melayu anjuran Panitia dan Persatuan Bahasa Melayu. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan. Tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk menceritakan Program Minggu Bahasa Melayu tersebut.

    Sekolah anda telah menjayakan Program Minggu Bahasa Melayu anjuran Panitia dan Persatuan Bahasa Melayu. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan. Tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk menceritakan Program Minggu Bahasa Melayu tersebut.

    Balas surat sahabat pena yang ingin berkunjung ke negara anda untuk melawat suatu tempat pelancongan yang menarik.

    Peribahasa “bagai aur dengan tebing” bermaksud perkaitan orang yang suka bertolong-tolongan dan saling melengkapi.

    Peribahasa Melayu 'seperti kacang lupakan kulit' memberi nasihat supaya jangan melupakan budi insan yang pernah berjasa. Tulis karangan berdasarkan peribahasa tersebut.

    Media massa sering memaparkan berita tentang kegiatan vandalisme yang berlaku di negara ini. Cadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini.

    Ibu bapa memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecemerlangan akademik anak-anak. Beri pendapat anda.

    Mempelajari seni pertahanan diri banyak membawa kebaikan. Jelaskan faedah-faedah mempelajari seni pertahanan diri.

    Peribahasa:Seperti Katak di bawah Tempurung

    Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa ‘Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian’.

    Popular Posts

    Penduduk Malaysia terdiri dari berbagai kaum Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang unit lantaran rakyatnya ter...
    CONTOH KARANGAN Peranan Ibu Bapa dalam Mengurangkan Gejala Sosial Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial ya...
      Karangan 1.       Acap kali negara kita menganjurkan sukan berprestij di dunia seperti Formula One, LeTour De Langkawi, Sukan Komen...
    CONTOH PENDAHULUAN DAN PENUTUP KARANGAN YANG MENARIK. (Untuk penutup gunakan : Sebagai menggulung segala yang dibincangkan, Akhir kala...

    useful sites

    Useful sites

    back to
    www.retibahasa.blogspot.com
    Copyright ©
    | Powered by
    Design by
    | Blogger Theme by
    -
    | Distributed By
    Share by: