Tatabahasa

Kesalahan Dalam Penggunaan Kata Kerja

Kata kerja merupakan golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif (Perbuatan tidak Melampau).


Kesalahan Penggunaan Kata Sendi

Kata sendi ialah kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Kata sendi bertugas untuk menghubungkan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa lain dalam ayat. Contoh kata sendi ialah di, ke, dari, pada, kepada, daripada, dalam, akan, bagi, untuk, hingga, sampai, seperti, oleh, dengan, bagai, demi, tentang, sejak, terhadap, antara.

Bila Penjodoh Bilangan Tidak Perlu Di Gunakan

1.   Penjodoh bilangan biasanya digunakan dengan kata bilangan .
2.   Tetapi, ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan.

Kesalahan dari Segi Kata - Kata Bilangan

Kata Bilangan
Kata Bilangan

1.    Terdapat 6 jenis kata bilangan:
  • Kata bilangan tentu seperti satu, seratus, sejuta dan sebagainya.
  • Kata bilangan tak tentu seperti beberapa, para, semua, setengah-setengah , dan sebagainya.
  • Kata bilangan pecahan seperti setengah, suku , dan sebagainya.
  • Kata bilangan pisahan seperti masing-masing , dan setiap.
  • Kata bilangan himpunan seperti berbagai-bagai, kedua-dua , dan sebagainya.
  • Kata bilangan tingkat seperti pertama, kedua, keenam dan sebagainya.

Terdapat 6 jenis kata bilangan:
»
Kata bilangan tentu seperti satu, seratus, sejuta dan sebagainya.
»
Kata bilangan tak tentu seperti beberapa, para, semua, setengah-setengah , dan sebagainya.
»
Kata bilangan pecahan seperti setengah, suku , dan sebagainya.
»
Kata bilangan pisahan seperti masing-masing , dan setiap.
»
Kata bilangan himpunan seperti berbagai-bagai, kedua-dua , dan sebagainya.
»
Kata bilangan tingkat seperti pertama, kedua, keenam dan sebagainya.
2.
Kata bilangan seperti setengah-setengah, tiap-tiap, berbagai-bagai dan kedua-dua tidak boleh disingkatkan.
salah
a.
setengah orang
b .
tiap murid
c.
berbagai warna
d.
kedua mempelai
betul
a.
setengah-setengah orang
b .
tiap-tiap murid
c.
berbagai-bagai warna
d.
kedua-dua mempelai
3.
Kata para tidak boleh diulang.
»
Para-para
penduduk perlu bekerjasama. ( salah )
»
Para
penduduk perlu bekerjasama. ( betul )
4
Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga dan seterusnya tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan pecahan seperti suku dan
setengah untuk penghitungan.
salah
»
dua setengah
meter ( salah )
»
tiga setengah
ringgit ( salah )
betul
»
dua suku
jam ( salah )
»
dua
meter setengah ( betul )
»
dua
jam suku ( betul )
»
tiga
ringgit setengah ( betul )

Kesalahan dari Segi Kata

Kata Ganti Diri
1.
Kata beliau, dia, ia, kami, kita , dan mereka sering digunakan dengan salah.
2.
Kata beliau tidak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau kanak-kanak dan binatang. Contoh:
»
Ahmad dihukum. Beliau ponteng sekolah. ( salah ) Ahmad dihukum. Dia ponteng sekolah. ( betul )
»
Singa itu ganas. Beliau terpaksa dibunuh. ( salah ) Singa itu ganas. Singa itu terpaksa dibunuh. ( betul )
3.
Kata dia dan ia tidak boleh digunakan untuk binatang dan benda.
»
Baju ini mahal. Ia diimport dari Itali. ( salah )
»
Baju ini mahal. Baju ini diimport dari Itali. ( betul )
»
Beruang ini sakit. Ia perlu dirawat. ( salah )
»
Beruang ini sakit. Beruang ini perlu dirawat. ( betul )
4.
Kata kami bererti “ saya dengan dia”. Orang yang diajak bercakap tidak disertakan. Kita bererti “anda dengan saya” atau “anda dengan kami”. Orang yang diajak bercakap disertakan.
»
“Kami mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul.
(salah)
»
“Kita mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul.
(betul)
»
“Kita akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. (salah)
»
“Kami akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. (betul)
5.
Kata mereka tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang.
»
Ayam-ayam itu dikurung. Mereka akan disembelih. ( salah )
»
Ayam-ayam itu dikurung. Ayam-ayam itu akan disembelih. ( betul )
»
Buku-buku ini tebal. Mereka Syimir baca. ( salah )
»
Buku-buku ini tebal. Buku-buku ini Syimir baca. ( betul )
6.
Kata mereka tidak boleh diulang.
»
Mereka-mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( salah )
»
Mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( betul )
7.
Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan.
»
Kalau tidak dirawat mungkin ianya akan lumpuh. ( salah )
»
Kalau tidak dirawat mungkin ia/ dia akan lumpuh. ( betul )
»
Kucing itu mati kerana ianya dilanggar kereta. ( salah )
»
Kucing itu mati kerana dilanggar kereta. ( betul )

Tatabahasa secara umum

TATABAHASA


Secara umumnya, tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang:
  • Morfologi : kajian tentang kata dan pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan.
  • Sintaksis : kajian tentang pembentukan ayat.
Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Para pelajar juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep.

Morfem

Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem.
Misalnya "minum". "Minum" tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num. Sebaliknya, kata "diminum" boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu "di" dan "minum". Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.

TATABAHASA

Secara umumnya, tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang:
  • Morfologi : kajian tentang kata dan pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan.
  • Sintaksis : kajian tentang pembentukan ayat.
Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Para pelajar juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep.

Morfem

Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem.
Misalnya "minum". "Minum" tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num. Sebaliknya, kata "diminum" boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu "di" dan "minum". Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.
Morfem boleh dibahagi kepada dua, iaitu morfem bebas dan morfem terikat .

Morfem Bebas
Morfem terikat/imbuhan
Dapat berdiri sendiri, misalnya:
  minum, cuti, sekolah, periksa
Bentuk imbuhan, misalnya:
  mem, per, kan, ber
Mempunyai maksud sendiri.
Tidak mempunyai makna tetapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu. Boleh mengubah makna sesuatu kata dan seterusnya makna ayat.

Morfem terikat/imbuhan

Morfem terikat/imbuhan boleh dibahagi seperti berikut:
  • Awalan . Ditambah pada bahagian depan kata dasar. Misalnya membaca, menghafal .
  • Akhiran . Ditambah pada bahagian belakang kata dasar.
  • Sisipan . Diselit di antara unsur unsur kata dasar. Misalnya telapak (tapak)
  • Apitan . Ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran kata dasar. Misalnya, imbuhan per....an dalam per main an .

Proses terbentuknya ayat bermula daripada morfem
MORFEM --> PERKATAAN --> FRASA --> KLAUSA --> AYAT

Kata boleh dibentuk melalui tiga cara utama iaitu pengimbuhan , pemajmukan dan penggandaan seperti dalam gambarajah di bawah.


  Golongan Kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat bahagian yang besar:
Bahagian-bahagian itu terdiri daripada dua kumpulan kata, iaitu kata isian dan kata tugas. "Kata isian" ialah kumpulan kata yang terbuka dan sentiasa berkembang. Kata nama, kata kerja dan adjektif ialah kata isian terbuka. "Kata tugas" pula ialah kumpulan kata tertutup, contohnya dan, itu, amat, walaupun dan sebagainya. Kata-kata juga boleh digolongkan berdasarkan faktor sintesis dan semantik .


Kata nama terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu nama am , nama khas , ganti nama dan nama terbitan . Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Kata ganti nama pula ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am atau kata kerja diberi imbuhan.


Kata kerja merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ).


Adjektif ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi (kata yang menjadi inti frasa digariskan di bawahnya).
Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar .


Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat.


Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.


Digunakan untuk melahirkan pelbagai perasaan, seperti suka, duka, marah, gembira, mencabar, dicabar dan sebagainya.


Kata tanya digunakan untuk bertanya atau menyoal sesuatu. Kata tanya hadir di dalam predikat. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila digunakan di awal ayat tanya. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat. Partikel ‘kah’ tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat. Contoh kata tanya ialah kenapa, mengapa, bila, apa, mana, bagaimana, siapa dan berapa .


Kata perintah bertugas untuk memberi tindak balas kepada orang yang mendengar (pihak kedua) sebagai larangan, silaan dan permintaan.

Sintaksis

Sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.

Ayat


Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.

Contoh: Ahmad sedang membuat kerja rumah.
Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN) , frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS) .


Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai jenis ayat untuk menyatakan maksud yang sama. Ciri-ciri ini menyebabkan bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa yang sentiasa hidup serta menarik. Jika hanya satu jenis ayat saja yang digunakan akan timbul rasa jemu pada pembaca. Oleh sebab itu, sasterawan dan penulis yang baik selalu menggunakan jenis-jenis ayat yang lain, sesuai dengan keperluan.

Jenis-jenis ayat bahasa Melayu dapat digolongkan kepada empat ragam:

Ayat aktif

  • Ayat aktif dengan kata kerja transitif
  • Ayat aktif dengan kata kerja pasif

Ayat pasif

Berbanding dengan ayat aktif yang menekankan subjek, ayat pasif memberikan penekanan terhadap objek dan perbuatan sehingga subjek pelaku tidak dipentingkan atau langsung tidak perlu dinyatakan. Hal ini ada kaitannya dengan bahagian manakah yang anda hendak pentingkan atau menegaskan. Contohnya:
Perkara itu
sudah diselesaikannya; atau
Perkara itu
sudah diselesaikan
adalah ayat-ayat pasif yang menegaskan "perkara itu", bukan pelaku yang menyelesaikan perkara itu. Bandingkan dengan ayat, "Dia sudah menyelesaikan perkara itu." Ayat itu menegaskan pelaku "dia".

Ayat perintah

Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan, suruhan, permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan.

Jenis perintah
Contoh penggunaan
Perintah
Berdiri
di atas kerusi itu.
Suruhan
Ikat
tali kasut anda dengan betul.
Larangan
Jangan pergi
ke sungai yang dalam airnya.
Permintaan
Tolong angkat
baju itu.
Ajakan
Mengucaplah
banyak-banyak.
Silaan
Sila
jamu selera.
Doa
Syukurlah
kamu sudah kembali.
Harapan
Harap-harap
hari tidak hujan.

Perhatikanlah bahawa ayat-ayat di atas mempunyai susunan yang sama, iaitu subjeknya tidak dinyatakan. Ini disebabkan subjeknya nyata dan merujuk kepada orang yang ayat perintah itu ditujukan.
Contoh-contoh di atas juga menunjukkan bahawa awalan "ber" dan "meN" kekadang tidak digugurkan. Aturan yang perlu dipegang ialah:

Ayat nafi

Ayat nafi ditandai oleh adanya kata " bukan " dan " tidak ". Secara umum, ayat nafi digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya:
Dia
tidak
berpengalaman, tetapi cekap.
Aurora
bukan
jururawat, tetapi doktor.
Disamping itu, ayat nafi boleh juga digunakan untuk menekankan atau menegaskan sesuatu maksud. Contohnya:

Ayat biasa
Ayat nafi
Cadangannya harus diketepikan.
Cadangannya
tidak
perlu kita pedulikan.
Kerja ketua memang susah.
Kerja ketua
tidak
pernah senang.

Walaupun kedua-dua ayat dalam setiap pasangan di atas mempunyai maksud yang sama, ayat nafi menekankan maksudnya, sedangkan ayat biasa menyatakan maksud secara biasa sahaja.
Peranan ayat nafi sebagai penegas maksud juga boleh diperhatikan dalam ayat tanya, umpamanya:
Bukankah
orang itu guru kamu?
Tidakkah
kamu ingin menyertai peraduan itu?
Anda sudah faham,
bukan
?

Penggunaan dengan frasa nama

Secara umum, kata nafi " bukan " digunakan apabila frasa yang mengikutinya ialah frasa nama. Contohnya:
Ini bukan
kucing
.
Malaysia bukan
negara republik
.
Gajah bukan
haiwan yang terbesar di dunia
.
Selain itu, " bukan " juga boleh digunakan untuk frasa yang lain daripada frasa nama dalam hubungan seperti yang berikut:
Dia
bukan
bodoh, tetapi malas.
Dia
bukan
belajar, tetapi bermain.
Kata " bukan " dalam kedua-dua ayat itu boleh juga digantikan dengan " kata tidak ":
Dia
tidak
bodoh, tetapi malas.
Dia
tidak
belajar, tetapi bermain.
Bagaimanapun, penggantian " bukan " dengan " tidak " menyebabkan sedikit perubahan maksud. Penggunaan " tidak " hanya menyatakan maksud secara biasa, sedangkan penggunaan " bukan " menekankan pertentangan dua keadaan secara jelas.

Penggunaan dengan frasa sendi

Untuk frasa sendi, kata nafi bukan dan tidak digunakan menurut kesesuaian, umpamanya:
Saya tidak
ke
sekolah hari ini kerana sakit.
Saya bukan
dari
sektor kerajaan.
Malaysia bukan
di
benua Afrika.
Buku ini bukan
untuk
anda.
Kata " bukan " dan " tidak " dalam keempat-empat ayat di atas tidak boleh saling berganti. Oleh sebab itu, perhatian harus diambil dalam penggunaan kata " bukan " dan " tidak ".

Kesalahan yang biasa berlaku

Kesalahan yang biasa berlaku untuk ayat nafi ialah kekeliruan antara penggunaan kata " bukan " dan " tidak ".




Ayat tanya

Ayat tanya dalam bahasa Melayu boleh dibentuk dengan tiga cara:

Cara-cara untuk membentuk ayat tanya

1.   Membubuh tanda tanya pada akhir ayat penyata

Ayat penyata
Ayat tanya
Tetamu sudah tiba.
Tetamu sudah tiba ?
Buah itu sudah masak.
Buah itu sudah masak ?
Mereka hendak menolong kita.
Mereka hendak menolong kita ?

Dengan tidak mengubah susunan ketiga-tiga ayat di atas, ayat-ayat tanya boleh dibentuk dengan tanda tanya di hujung ayat-ayat penyata. Dalam pertuturan, ayat tanya di atas dinyatakan dengan suara menaik pada akhir ayat.

2.   Menggunakan partikel " kah "

Ayat-ayat tanya dalam bahagian di atas juga boleh disungsang melalui penggunaan partikel "
kah
" untuk mencipta ayat tanya sungsang:

Ayat penyata
Ayat tanya
Tetamu sudah tiba?
Sudah tiba
kah
tetamu?
Buah itu sudah masak?
Sudah masak
kah
buah itu?
Mereka hendak menolong kita?
Hendak menolong kita
kah
mereka?

Penggunaan partikel "
kah
" dalam jenis ayat tanya ini adalah penting untuk mengelakkan kesamaran makna.

3.   Menggunakan pelbagai kata

Ayat tanya juga boleh dibentuk dengan menggunakan kata
ada
,
apa
,
bila
,
bagaimana
,
berapa
,
mengapa
,
mana
, dan
siapa
.

Kata
Ayat tanya
Tanpa partikel " kah "
Dengan partikel " kah "
Ada
Tiada
Adakah cara saya ini betul?
Apa
Apa
yang kamu beli tadi?
Apakah
yang kamu beli tadi?
Bagaimana
Bagaimana
cara untuk mendaftar diri?
Bagaimanakah
cara untuk mendaftar diri?
Bila
Bila
ayah kamu pulang?
Bilakah
ayah kamu pulang?
Mengapa
Mengapa
kamu datang lambat hari ini?.
Mengapakah
kamu datang lambat hari ini?.
Mana
Mana
ibu?
Manakah
ibu?
Siapa
Siapa
nama jiran baru kamu?
Siapakah
nama jiran baru kamu?

Kecuali kata "
ada
", yang lain dapat berdiri sendiri tanpa partikel "
kah
". Bagaimanapun, partikel "
kah
" sering digunakan untuk maksud penegasan.

Kesalahan yang biasa berlaku

Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan partikel " kah " di hujung ayat. Umpamanya:
Tetamu sudah tiba
kah
?
Buah itu sudah masak
kah
?
Mereka hendak menolong kita
kah
?
Kesalahan ini tertimbul kerana dipengaruhi oleh bahasa sehari-hari seperti berikut:
Tetamu sudah tiba
ke
?
Buah itu sudah masak
ke
?
Mereka hendak menolong kita
ke
?
"
Ke
" sebagai bentuk ucapan sehari-hari bagi "
kah
" tidak boleh digunakan dalam tulisan. Selain itu, "
kah
" tidak boleh digunakan di hujung ayat.

Ayat songsang

Dalam ayat songsang , predikat terletak pada awal ayat dan subjek pula terletak pada hujung ayat. Ini merupakan hal yang terbalik dalam ayat biasa:
AYAT BIASA
SUBJEK + PREDIKAT
AYAT SONGSANG
PREDIKAT + SUBJEK
AYAT PASIF
OBJEK + KATA KERJA + SUBJEK
Ayat songsang memberikan lagi satu cara untuk menyatakan sesuatu supaya membantu menghidupkan tulisan anda. Penggunaan ayat songsang sekali sekala akan menyebabkan bahasa anda akan lebih indah dan segar. Selain itu, ayat songsang amat berguna jika anda perlu menekankan predikat, dan bukan subjeknya. Semua jenis ayat dapat disongsangkan.

Jenis ayat
Susunan biasa
Susunan songsang
Ayat inti
Encik Yosri
birokrat
.
Birokratlah
Encik Yosri.
Kucing itu
ke sana
.
Ke sana
kucing itu.
Ayat tanya
Orang itu
adik kamu
?
Adik kamukah
orang itu?
Kamu
belum makan
?
Belum makankah
kamu?
Ayat pasif
Surat itu
akan saya kirimkan
.
Akan saya kirimkan
surat itu.
Saya
ketinggalan bas
pada hari itu.
Ketinggalan bas
saya pada hari itu.

Perhatikanlah bahawa dalam setengah-tengah ayat seperti di atas, partikel " kan " (untuk ayat tanya) dan partikel " lah " (untuk ayat berita) perlu digunakan supaya jelas bentuk ayat songsang itu.

Ayat inti

Ayat inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna. Umpamanya, jika anda menyatakan "Emas ialah logam", tiada tafsiran makna lebih daripada satu. Oleh itu, ayat inti amat berguna untuk menjelaskan sesuatu dengan konkrit. Selain itu, sasterawan sering menggunakan ayat inti untuk mempercepatkan jalan cerita, atau untuk menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca.

Ayat gabungan

Ayat gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat yang digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan kata penghubung seperti dan , serta , atau , tetapi , lalu , dan sebagainya untuk mengaitkan pendapat yang berhubungan antara satu dengan yang lain. Bahasa Melayu mempunyai enam pola ayat gabungan, iaitu:
  • Ayat dengan ayat
  • Subjek dengan subjek
  • Predikat dengan predikat
  • Adverba dengan adverba
  • Objek dengan objek.
  • Ayat gabungan dengan kata penghubung yang berpasangan.
  • Jenis ayat gabungan
    Ayat komponen
    Ayat gabungan
    Ayat dengan ayat
    Abu amat rajin bekerja.
    Majikan menaikkan gajinya.
    Abu amat rajin bekerja dan majikan menaikkan gajinya.
    Subjek dengan subjek
    Ali suka makan manggis.
    Ahmad suka makan manggis.
    Ali dan Ahmad suka makan manggis.
    Predikat dengan predikat
    Mereka menghadiri ceramah itu.
    Mereka menganggap ceramah itu sangat berfaedah.
    Mereka menghadiri ceramah itu kerana mereka menganggap ceramah itu sangat berfaedah.
    Adverba dengan adverba
    Saya akan menghabiskan kerja itu besok.
    Jika tidak jadi, saya akan menghabiskan kerja itu lusa.
    Saya akan menghabiskan kerja itu besok atau lusa.
    Objek dengan objek
    Ibu membeli sayur di pasar.
    Ibu membeli ikan di pasar.
    Ibu membeli sayur dan ikan di pasar.
    Ayat gabungan dengan kata penghubung yang berpasangan
    -
    Sedangkan dia tidak dapat memasuki kolej itu, apatah lagi saya.

    Selain daripada memperkaya gaya penulisan, ayat gabungan dapat mengaitkan dua ayat yang seakan-akan tidak ada perkaitan. Contohnya:
  • Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Polar.
  • Polar tidak percaya.
  • Kedua-dua ayat seakan-akan tidak ada perkaitan. Jadi, dalam hal sedemikian, ayat gabungan yang berikut amat perlu digunakan:
    Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Polar, tetapi Polar tidak percaya.

    Ayat pancangan

    Ayat pancangan ialah ayat gabungan yang terdiri daripada satu ayat besar dan satu klausa (ayat kecil), umpamanya:
    • Keluarga Ali berpindah ke Kuala Lumpur kerana penukaran kerjanya.
    • Jika hari hujan, saya tidak akan keluar dari rumah.
    • Angkatan tentera British tertewas di Singapura walaupun mempunyai lebih askar berbanding dengan tentera Jepun.

    Sponsor

    Contoh Karangan

    Baru-baru ini tempat tinggal anda telah dilanda banjir kilat. Tulis pengalaman anda semasa membantu mangsa-mangsa banjir kilat tersebut.

    Sekolah anda telah menjayakan Program Minggu Bahasa Melayu anjuran Panitia dan Persatuan Bahasa Melayu. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan. Tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk menceritakan Program Minggu Bahasa Melayu tersebut.

    Sekolah anda telah menjayakan Program Minggu Bahasa Melayu anjuran Panitia dan Persatuan Bahasa Melayu. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan. Tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk menceritakan Program Minggu Bahasa Melayu tersebut.

    Balas surat sahabat pena yang ingin berkunjung ke negara anda untuk melawat suatu tempat pelancongan yang menarik.

    Peribahasa “bagai aur dengan tebing” bermaksud perkaitan orang yang suka bertolong-tolongan dan saling melengkapi.

    Peribahasa Melayu 'seperti kacang lupakan kulit' memberi nasihat supaya jangan melupakan budi insan yang pernah berjasa. Tulis karangan berdasarkan peribahasa tersebut.

    Media massa sering memaparkan berita tentang kegiatan vandalisme yang berlaku di negara ini. Cadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini.

    Ibu bapa memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecemerlangan akademik anak-anak. Beri pendapat anda.

    Mempelajari seni pertahanan diri banyak membawa kebaikan. Jelaskan faedah-faedah mempelajari seni pertahanan diri.

    Peribahasa:Seperti Katak di bawah Tempurung

    Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa ‘Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian’.

    Penduduk Malaysia terdiri dari berbagai kaum Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang unit lantaran rakyatnya ter...
    CONTOH KARANGAN Peranan Ibu Bapa dalam Mengurangkan Gejala Sosial Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial ya...
      Karangan 1.       Acap kali negara kita menganjurkan sukan berprestij di dunia seperti Formula One, LeTour De Langkawi, Sukan Komen...
    CONTOH PENDAHULUAN DAN PENUTUP KARANGAN YANG MENARIK. (Untuk penutup gunakan : Sebagai menggulung segala yang dibincangkan, Akhir kala...
    Share by: