BLOG

Bahasa Melayu SPM

By Malia 11 Aug, 2015
Kesalahan dari segi kata-kata bilangan
By Malia 11 Aug, 2015
bila penjodoh bilangan tidak perlu digunakan
By Malia 06 Aug, 2015
Contoh Teks Ucapan Pengarah Sempena Karnival PIBG Parlimen Bukit Katil
By Malia 29 Jul, 2015
Kesalahan Penggunaan Kata Sendi
By Malia 29 Jul, 2015
Kesalahan Dalam Penggunaan Kata Kerja
By Malia 29 Jul, 2015
Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang  membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan dihadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi. 

Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat khabar, dan televisyen diberikan kepada sukan. Sukanboleh juga menjadi sumber pendapatan.
  
Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihatkegunaan umum istilah tersebut. Sukan ialah aktiviti yang mengandungi: 
  • kemahiran berguna secara rekreasi.
  • peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.
Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah kemampuan untuk mengatasi tanda ukuran (benchmarks) terdahulu, catatan masa, rekod dunia, dan sebagainya.

Sukan fizikal menggunakan sifat sifat seperti kekuatan, stamina, kelajuan, dan beberapa kemahiran lain manakala sukan-sukan lain contohnya iaitu sukan akal menggunakan kemahiran berfikir seperti pemikiran strategik dalamcatur. Walaubagaimanapun, rencana ini akan menumpukan perhatian kepada aspek fizikal sesuatu sukan.

Perbezaan antara sukan, permainan, dan latihan. Aktiviti itu dikira sukan jika melibatkan peserta yang berkemahiran. Permainan pula tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah kepada sukan. Latihan pula ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan seseorang dalam aktiviti sukan.

Sejarah sukan  

Sejarah pembangunan sukan boleh mengajar kita mengenai perubahan sosial yang berlaku dan sifat sukan tersebut. Untuk itu, kita akan kembali ke masa lampau sehingga zaman pra sejarah untuk mengkaji sukan dan manusia.

Semangat kesukanan  

Semangat kesukanan menggambarkan aspirasi atau etos yang aktiviti sukan itu akan dinikmati semata-mata kerananya tetapi selalunya tekanan pertandingan, kejayaan individu, atau pengenalan pada teknologi akan menyebabkan perkara yang sebaliknya berlaku pada peserta. Dengan kata lain, dalam sesuatu pertandingan, kekalahan akan menyebabkan rasa kecewa dan kesedihan.

Penggiat sukan rekreasi selalunya akan mendapatkan pengiktirafan sebagai satu jenis sukan daripada persatuan sukan seperti Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) atau dengan mewujudkan badan penyelaras mereka sendiri. Dengan ini, sukan berubah daripada aktiviti rekreasi kepada sukan yang lebih formal. Contoh sukan yang baru muncul ialah berbasikal BMX, meluncur dan sebagainya.

Profesionalisme dan peraturan sukan  

Aspek hiburan dalam sukan, media massa yang meluas dan pertambahan waktu lapang telah membawa kepada profesionalisme dalam sukan. Ini telah menyebabkan beberapa konflik, di mana bayaran dilihat lebih penting daripada aspek rekreasinya atau sukan telah menjadi lebih menguntungkan dan terkenal yang akhirnya menyebabkan kehilangan tradisi bagi sesetengah orang atau masyarakat. Contoh yang paling ketara ialah bola sepak telah mengubah pengisian masa lapang bagi hampir seluruh populasi dunia. 

Sumber: 
PUSAT AKSES SMK SERI BALIK PULAU, PULAU PINANG-  
By Malia 29 Jul, 2015
    Dalam meniti arus globalisasi ini, generasi yang berwawasan merupakan pelapis dan peneraju kepada kemajuan dan pembangunan negara kerana ahli pujangga pernah berkata bahawa generasi berwawasan sebagai pemangkin pembangunan negara. Generasi berwawasan dapat ditafsirkan sebagai golongan muda yang mempunyai cita-cita tinggi untuk menjadikan negara kita maju selaras dengan saranan yang terkandung dalam Wawasan 2020. Dewasa ini, isu generasi berwawasan telah mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat kita. Isu generasi berwawasan menjadi amat penting untuk diberikan perhatian dan tumpuan yang sewajarnya kerana mereka merupakan nadi negara. Oleh itu, usaha untuk melahirkan remaja yang berwawasan semakin diberikan keutamaan. Persoalannya, apakah ciri-ciri seseorang remaja yang dikategorikan mempunyai wawasan?

            Kecemerlangan dari segi akademik merupakan salah satu elemen yang maslahat untuk menelurkan remaja yang berwawasan. Intelek merupakan faktor perdana untuk menjanakan kecemerlangan tamadun bangsa. Remaja yang mempunyai ilmu pengetahuan yang mencakupi semua bidang dapat membuat penilaian dan keputusan yang bijak dalam menghadapi kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini. Sehubungan dengan itu, remaja kita perlu proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga menuntut segala pengetahuan, terutamanya ilmu sains dan matematik melalui pelbagai wahana, seperti membaca buku , melayari lebuh raya maklumat di dunia maya dan sebagainya. Ketekunan dan inisiatif merupakan prasyarat untuk mencapai kecemerlangan akademik dan menjauhi gelaran katak di bawah tempurung. Tidak dapat dinafikan bahawa tanpa keputusan yang cemerlang, remaja sukar melanjutkan pelajaran ke menara gading untuk merealisasikan segala impian mereka. Oleh itu remaja tidak harus terbuai dalam dunia yang mengalpakan, iaitu terlalu khusyuk dalam dunia hiburan atau mengamalkan hedonisme. Ingatlah peribahasa, “Ikut hati mati, ikut rasa binasa.” Tegasnya, remaja yang berwawasan sentiasa memastikan dirinya tidak jemu menimba ilmu untuk memiliki mentaliti kelas pertama.

            Selain itu, remaja yang berwawasan juga perlu sentiasa dinamik dan progresif dalam menjalankan sesuatu tugas. Dinamik dapat diertikan sebagai perubahan yang lebih baik daripada sebelumnya. Hal ini dikatakan demikian kerana negara yang pesat membangun seperti Malaysia memerlukan generasi yang memiliki ciri-ciri ini untuk mencapai kemajuan dalam setiap aspek. Individu yang dinamik tidak memiliki ciri-ciri negatif seperti berputus asa sebaliknya bersemangat tinggi. Dalam mengejar kejayaan, individu yang berwawasan seharusnya gigih menghadapi cabaran tanpa berputus asa kerana tiada kejayaan yang datang bergolek bak kata pepatah, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Ekoran daripada itu, remaja yang dinamik dan progresif sudah pasti dapat mencapai cita-cita yang diimpikan. Pendek kata, remaja yang berwawasan sudah pasti akan memastikan dirinya berubah untuk memajukan diri dan negaranya.

           Dalam nada yang sama, remaja yang berwawasan perlu berkreatif dan berinovatif untuk memacu kegemilangan negara. Hal ini terjadi demikian kerana hanya mereka yang sentiasa berani berkreatif dan mempelopori bidang yang baru dapat mengecap kejayaan yang terbilang. Dalam industri teknologi komunikasi dan maklumat, umat yang gigih dan berani mencuba akan menikmati buah kejayaan yang manis. Rentetan daripada itu, remaja kita harus dilatih supaya berani berimaginasi dan berkhayal tetapi disusuli dengan aplikasi yang teratur. Ibu bapa harus memberikan sokongan yang padu dan galakan yang tidak terhingga jika anak mereka melontarkan impian mereka. Namun demikian, impian itu bukan rekaan mat jenin yang tidak berasas tetapi perlu disokong dengan praktikalnya. Dalam konteks ini, penglibatan remaja dalam pelbagai bidang sama ada kebudayaan, sukan, kepimpinan atau keusahawanan berupaya menjanakan kreativiti dan inovasi. Ketika berkhayal di awang-awangan, pastikan kita mampu menjejakkan kaki di angkasa lepas kelak. Sesungguhnya, pemikiran yang kreatif dan inovatif merupakan ciri remaja yang berwawasan.

           Jika kita telusuri dari dimensi yang berbeza, remaja yang berwawasan seharusnya cinta akan negara. Remaja yang berjiwa patriotik ini akan menjadi bakal pemimpin yang akan menerajui tampuk pemerintahan negara. Sebagai bakal pemimpin negara sudah pasti mereka perlu sentiasa berusaha untuk memelihara imej negaranya daripada tercemar dan menjadi bahan cemuhan masyarakat luar. Oleh itu, mereka haruslah menghormati lagu kebangsaan negara iaitu lagu Negaraku dan mengamalkan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara. Mereka tidak akan sekali-kali menjadi pengkhianat negara dan tidak akan melibatkan diri dalam gejala sosial yang akan mencemarkan imej negara. Jiwa patriotik remaja yang menebal ini akan menjamin keharmonian negara dan sekali gus berupaya menjaga maruah negara di pentas global. Ringkasnya, remaja yang berwawasan sentiasa bersemangat patriotik untuk mengekalkan keharmonian dan kedaulatan nusa tercintanya.

            Sebagai intihanya, terdapat banyak ciri yang memaparkan seseorang remaja itu mempunyai wawasan yang tinggi. Remaja sebagai tunjang yang bakal menerajui kepimpinan negara kita harus terlepas daripada belenggu angkara sosial. Generasi yang berwawasan menjadi akar pada pertumbuhan dan pembangunan modal insan yang menjadi agenda utama negara kita. Oleh itu, golongan remaja perlulah sentiasa bermuhasabah dan membaiki kelemahan diri sebelum terlewat bak kata pepatah, sesal di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Golongan remaja kita perlulah melakukan anjakan paradigma untuk menjadi remaja kelas pertama dan memangkinkan kecemerlangan negara. Diharapkan kelahiran remaja berwawasan dapat merealisasikan segala aspirasi negara di samping dan menyerbakkan keharuman negara kita di persada antarabangsa.
By Malia 29 Jul, 2015

Usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan tidak tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.

Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya adalah dengan memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.

Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid akan memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan atau pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi.

Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.

Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan. Di samping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.

Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan oleh semua orang sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak tidak akan memberi makna lagi kepada generasi yang akan datang.

Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Skiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.

More Posts
Share by: