Blog Post

Tatabahasa - kata-kata bilangan

  • By Malia
  • 11 Aug, 2015

Kesalahan dari Segi Kata - Kata Bilangan

Kata Bilangan

1.   Terdapat 6 jenis kata bilangan:

  • Kata bilangan tentu seperti satu, seratus, sejuta dan sebagainya.
  • Kata bilangan tak tentu seperti beberapa, para, semua, setengah-setengah , dan sebagainya.
  • Kata bilangan pecahan seperti setengah, suku , dan sebagainya.
  • Kata bilangan pisahan seperti masing-masing , dan setiap.
  • Kata bilangan himpunan seperti berbagai-bagai, kedua-dua , dan sebagainya.
  • Kata bilangan tingkat seperti pertama, kedua, keenam dan sebagainya.

 

2.    Kata bilangan seperti setengah-setengah, tiap-tiap, berbagai-bagai dan kedua-dua tidak boleh disingkatkan.

      salah            betul

 a.  setengah orang                                   setengah-setengah orang          

 b.  tiap murid                                               tiap-tiap murid

 c.  berbagai warna                                     berbagai-bagai warna

 d.  kedua mempelai                                 kedua-dua mempelai

 

3.    Kata para tidak boleh diulang.

  • Para-para penduduk perlu bekerjasama. ( salah )
  • Para penduduk perlu bekerjasama. ( betul )


4.      Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga dan seterusnya tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan pecahan seperti suku dan setengah untuk penghitungan.

   salah

  • dua setengah meter ( salah )
  • tiga setengah ringgit ( salah )
  • dua suku jam ( salah )

   betul

  • dua meter setengah ( betul )
  • dua jam suku ( betul )
  • tiga ringgit setengah ( betul )

Read More

By Malia 11 Aug, 2015
bila penjodoh bilangan tidak perlu digunakan
By Malia 06 Aug, 2015
Contoh Teks Ucapan Pengarah Sempena Karnival PIBG Parlimen Bukit Katil
By Malia 29 Jul, 2015
Kesalahan Penggunaan Kata Sendi
More Posts
Share by: