Blog Post

Tatabahasa - Penjodoh bilangan

  • By Malia
  • 11 Aug, 2015

Bila Penjodoh Bilangan Tidak Perlu Di Gunakan

1.      Penjodoh bilangan biasanya digunakan dengan kata bilangan .

2.      Tetapi, ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan

           SALAH                                                  BETUL

           setiap orang pelajar        setiap pelajar

  semua orang peniaga             semua peniaga

  sekalian orang peserta      sekalian peserta

  para orang imam              para imam

  segala ekor binatang                  segala binatang


3.      Penjodoh bilangan tidak juga diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.


       SALAH

BETUL

  segala butir cadangan

segala cadangan

  tiap-tiap bentuk kenangan 

tiap-tiap kenangan

  semua buah pendapat

semua pendapat

  pelbagai bentuk teguran

pelbagai teguran

  kedua-dua bentuk sifat

kedua-dua sifat

  setiap buah sumbangan

setiap sumbangan

  beberapa buah usul

beberapa usul


By Malia 11 Aug, 2015
Kesalahan dari segi kata-kata bilangan
By Malia 06 Aug, 2015
Contoh Teks Ucapan Pengarah Sempena Karnival PIBG Parlimen Bukit Katil
By Malia 29 Jul, 2015
Kesalahan Penggunaan Kata Sendi
More Posts
Share by: