Blog Post

Tatabahasa Bahasa Melayu - Kata Sendi

  • By Malia
  • 29 Jul, 2015

Kesalahan Penggunaan Kata Sendi

Kata sendi ialah kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Kata sendi bertugas untuk menghubungkan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa lain dalam ayat. Contoh kata sendi ialah di, ke, dari, pada, kepada, daripada, dalam, akan, bagi, untuk, hingga, sampai, seperti, oleh, dengan, bagai, demi, tentang, sejak, terhadap, antara.

Contoh Kesalahan

Pertunjukan itu dibatalkan oleh kerana tidak mendapat kelulusan. (salah)
Pertunjukan itu dibatalkan oleh sebab tidak mendapat kelulusan. (betul)

Analisis :

Kata sendi memerlukan frasa nama sebagai objek untuk membentuk frasa sendi. Katakerana yang tergolong dalam kelas kata hubung tidak boleh diletakkan selepas kata sendi oleh . Jadi gunakan frasa nama sebab .

Contoh Kesalahan

Dia berlari daripada rumah ke kedai. (salah)
Dia berlari dari rumah ke kedai. (betul)

Analisis :

Kata sendi dari digunakan dalam hal yang ada hubungan dengan masa, tempat dan arah manakala kata sendi daripada digunakan untuk hal-hal yang lebih umum, seperti untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, pertentangan dan menunjukkan keanggotaan.

Contoh Kesalahan.

Pinggan itu dihempaskannya kepada lantai. (salah)
Pinggan itu dihempaskannya ke lantai. (betul)

Analisis :

Kata sendi ke digunakan untuk tempat, masa, dan benda konkrit yang tidak bernyawa, sementara kepada digunakan untuk benda bernyawa dan benda abstrak kecuali masa. 
By Malia 11 Aug, 2015
Kesalahan dari segi kata-kata bilangan
By Malia 11 Aug, 2015
bila penjodoh bilangan tidak perlu digunakan
By Malia 06 Aug, 2015
Contoh Teks Ucapan Pengarah Sempena Karnival PIBG Parlimen Bukit Katil
More Posts
Share by: